Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Cabaran Spurs dalam hadapi teka-teki Kane

Jul 28, 2023 | 05:30 AM



Sebaik menjulang Piala Tiger, selepas menewaskan Lion City Sailors (LCS) 5-1 di Stadium Negara pada malam Rabu, pasukan Tottenham Hotspur tidak mengambil masa lama untuk bersiap sebelum bergegas menaiki bas dan menuju ke Lapangan Terbang Changi bagi keberangkatan pulang – langsung ke London.

Dalam keghairahan ramai penyokong kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) merayakan kemenangan besar Spurs malam itu, ada suatu perkara yang menarik perhatian, teka-teki yang menyelubungi kedudukan Harry Kane di White Hart Lane.

Apakah Kane, 29 tahun, akan kekal bersama-sama Spurs untuk EPL musim 2023/2024 atau melangkah pergi sekiranya beliau dan pihak kelab gagal mencapai persetujuan dalam mengikat kontrak baru bersama Spurs?

Ada desas-desus menyatakan kemungkinan penyerang England itu bakal menyarung jersi Bayern Munich, mewakili kelab terkemuka Jerman.

Jika benar ia berlaku, langkah itu sememangnya memeritkan Spurs dan penyokongnya. Apakan tidak, penyerang mapan ini telah menyumbang sekurang-kurangnya 17 gol liga dalam setiap musim sejak sembilan musim lalu.

Tetapi sekiranya Spurs terpaksa melepaskan Kane pergi, pada pemerhatian penulis, kemantapan barisan serangan Spurs tidak akan goyah, kerana ia diperkuat dengan gelekan samba Richarlison dan kelincahan Son Heung-min selain diperkukuh dengan kebijakan serta kreativiti James Maddison dan Giovani Lo Celso dalam mengemudi rentak permainan dan mengatur strategi serangan pasukan itu.

Jika ada yang tidak perasan, Gio seakan mati hidup semula selepas diberi kepercayaan untuk beraksi. Malah, beliau berjaya menjaring gol dalam dua perlawanan pramusim, walhal sebelum ini kedudukannya di Spurs terumbang-ambing.

Beliau yang sebelum ini dikatakan berhasrat meninggalkan Spurs kini diyakini bersedia untuk kekal di White Hart Lane selepas kehadirannya dalam kesebelasan pasukan diyakini pengurus baru.

Jika itu tidak cukup menyakinkan anda akan kemantapan jentera serangan Spurs, lihat sahaja bukti yang dihidangkan pada Rabu malam lalu – perlawanan pertama yang disajikan sebagai menyemarakkan Festival Bola Sepak Singapura dibawakan oleh CDG Zig - yang disaksikan lebih 25,000 penonton.







Biarpun Kane menjaringkan gol pertama Spurs menerusi tendangan penalti di minit terakhir separuh masa pertama – selepas 30 minit LCS mendahului menerusi jaringan Shawal Anuar pada minit ke-14 – yang menonjol adalah Richarlison, yang menjaringkan tiga gol atau hatrik penuh bergaya pada minit ke-48, 52 and 90+1 pada separuh masa kedua. Gol kelima Spurs dijaringkan oleh Gio pada minit 73.

Jadi tidak hairan pujian dihamburkan pengurus kelab, Ange Postecoglou, 57 tahun, lebih tertumpu kepada Richarlison semasa sidang akhbar selepas perlawanan tersebut.

“Saya benar-benar suka melihat keupayaannya yang pelbagai, ia adalah sesuatu yang saya inginkan dalam diri seseorang penyerang. Beliau punya etika kerja yang sangat baik, dan sentiasa berada di kedudukan yang betul,” kata Postecoglu, yang turut berkesempatan mengadakan pertemuan dengan media tempatan semasa ketibaannya menjelang perlawanan menentang LCS, yang dianjurkan AIA Singapore.

Namun pengurus warga Australia itu akur, antara Kane dengan Richarlison, kedua-dua penyerang itu punya kelebihan tersendiri, “Harry sering berada dalam kedudukan yang baik di kotak penalti dan Richarlison begitu juga, tetapi caranya berbeza,” jelasnya.

“Dengan Richarlison, banyak yang beliau lakukan selalunya anda tidak nampak, dan apabila beliau tidak dapat bola, beliau sering susahkan (pihak lawan),” tambah Postecoglu.

Sememangnya ramai peminat dan penyokong Spurs akan berasa sedih dengan pemergian Kane menjelang musim baru ini, namun percayalah kehilangannya akan dirasai buat seketika sahaja.

Penulis juga yakin barisan penyerang Spurs yang bakal menentang Brentford dalam perlawanan pembuka tirai EPL 2023/24 tidak canggung apabila berada di kotak penalti – sama ada Kane menjadi tonggak serangan ataupun tidak.

Patah tumbuh hilang berganti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >