Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Carragher: Komen Salah belum ditawar kontrak memang pentingkan diri

Nov 26, 2024 | 12:11 PM
Mohamed Salah telah menang tujuh trofi di Liverpool, termasuk Liga Perdana England (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah.
Mohamed Salah telah menang tujuh trofi di Liverpool, termasuk Liga Perdana England (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah. - Foto AFP

LIVERPOOL: Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baru kepadanya, kata bekas pemain pertahanan The Reds, Jamie Carragher.

Salah, yang kontraknya akan tamat pada penghujung musim ini, memberitahu wartawan selepas kemenangan Ahad lalu ke atas Southampton bahawa keadaan beliau mungkin “lebih keluar daripada masuk” dan masih belum ditawarkan kontrak baru.

Pemain berusia 32 tahun itu adalah penjaring terbanyak Liverpool musim ini dengan 12 gol dalam semua pertandingan dan menjaringkan dua gol menentang Southampton untuk mengembangkan jurang mata di puncak Liga Perdana England (EPL) kepada lapan mata.

“Semestinya, saya amat kecewa dengan Mo Salah.

“Liverpool akan menentang Real Madrid pertengahan minggu (dalam Liga Juara-Juara Eropah) dan Man City pada hujung minggu. Itulah cerita sekarang,” kata Carragher kepada Sky Sports.

Carragher menambah: “Jika beliau terus mengeluarkan komen, ejen beliau mengeluarkan mesej-mesej dengan maksud tersembunyi, itu adalah itu mementingkan diri sendiri.”

Liverpool belum mengeluarkan sebarang komen secara terbuka mengenai kenyataan Salah, tetapi satu sumber kelab memberitahu BBC Sport bahawa perhubungan antara Liverpool dan ejen Salah, Ramy Abbas Issa, sedang berlangsung dan berjalan dengan positif.

Bercakap di BBC, Chris Sutton berkata keputusan Salah untuk mendekati wartawan dan bercakap mengenai masa depannya menunjukkan bahawa beliau mahu kekal di Anfield.

“Ia bukan situasi di mana Salah diminta bercakap. Beliau sebenarnya yang mendekati dan ingin bercakap dengan beberapa wartawan untuk meluahkan perasaannya.

“Jadi, dalam hal ini, ia menunjukkan kepada saya bahawa beliau mahu kekal,” kata bekas penyerang Blackburn dan Chelsea itu.

Selain Salah, pemain pertahanan Trent Alexander-Arnold dan kapten kelab Virgil van Dijk juga akan tamat kontrak pada penghujung musim ini.

“Perkara yang paling penting untuk Liverpool musim ini bukanlah masa depan Mo Salah, Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold.

“Perkara yang paling penting adalah Liverpool memenangi EPL.

“Saya harap mereka tidak berasa seperti kelab ini akan buntu jika mereka pergi. Steven Gerrard meninggalkan kelab dan pengurus seterusnya memenangi EPL.

“Salah, adakah kami akan merinduinya? Sudah pasti kami akan merinduinya. Tetapi Liverpool akan terus maju,” ujar Carragher. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg