Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

‘Cerita dongeng’ Sarina Wiegman bawa England ke peringkat akhir

PIALA DUNIA WANITA 2023
Aug 17, 2023 | 04:50 PM



ENGLAND: Setelah kemenangan England 3-1 atas Australia di peringkat separuh akhir, Sarina Wiegman merupakan jurulatih pertama untuk membawa dua negara ke peringkat akhir Piala Dunia Wanita. Pertama beliau membawa Belanda ke peringat akhir pada 2019.


Pada Rabu bersama England pula.

“Kami mara ke peringkat akhir, sesuatu yang sukar untuk dipercayai,” kata Wiegman.

Beliau juga mencapai kemenangan berturut-turut dalam Kejohanan Euro Wanita bersama Belanda pada 2017 dan England pada 2022.

“Rasa seperti kami telah memenangi kejohanan ini, tetapi belum. Kami hanya memenangi perlawanan ini,” tambah Wiegman, 53 tahun.

Pasukan bimbingannya itu telah mara ke peringkat akhir empat kali berturut-turut dalam kejohanan-kejohanan utama.

“Peluang untuk mara ke peringkat akhir sangat istimewa, dan kami telah ke empat peringkat akhir,” tambah Wiegman selepas kejayaan England di peringat separuh akhir.

“Saya tidak pernah mengambil mudah tentang apa-apa, tetapi saya rasakan saya berada dalam satu cerita dongeng.”

“Kami ke peringkat akhir buat kali pertama pada 2017, dan saya fikirkan bahawa itu cukup istimewa dan mungkin tidak akan berlaku lagi. Tapi, kam mara ke peringkat akhir untuk kali kedua, ketiga dan keempat, dan saya tetap tidak percaya ia boleh berlaku lagi kerana begitu banyak persaingan.”

England akan bermain dalam peringat akhir Piala Dunia Wanita sejak pasukan lelaki mereka memenanginya pada 1966.

“Sukar untuk saya katakan betapa bangganya saya terhadap pasukan saya ini,” kata Weigman.

“Pasukan ini sering menyesuaikan diri mereka. Cara kami mengatasi kejohanan ini dan menemukan corak permainan untuk memenangi perlawanan sungguh luar biasa.”

Sebelum Wiegman mengambil alih pada September 2021, England telah dua kali ke peringat separuh akhir berturut-turut di bawah pengurusan Mark Sampson dan Phil Neville.

Namun, mereka kalah – ditewaskan oleh Jepun pada 2015 dengan jaringan 2-1 dan kemudian tunduk kepada Amerika Syarikat 2-1 pada 2019.

Sejak kehadiran Weigman, England telah memenangi 30 perlawanan, memenangi dua piala Arnold Clark Cup, satu trofi Euro dan juara edisi pertama Finalissima Wanita.

Satu-satunya kekalahan di bawah Weigman datang adalah di tangan Australia pada April.

Selepas England mengatasi Australia kali ini, kapten Millie Bright berkata:

“Mentaliti pasukan sungguh mengagumkan. Ini melalui Sarina dan kepercayaan yang beliau telah berikan kami.”

Bekas pemain England, Izzy Christiansen, juga memuji pencapaian Weigman.

Beliau kagum dengan bagaimana Weigman memupuk semangat kemenangan dalam pasukan, dan melaksanakan sistem permainan yang praktikal dan menyerlahkan kebolehan para pemainnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >