Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lauren James bintang England benam China 6-1; Denmark mara ke pusingan 16 pasukan terakhir

Piala Dunia Wanita
Aug 02, 2023 | 02:44 PM



ADELAIDE: Bukanlah satu perkara yang mengejutkan apabila jurulatih pasukan bola sepak wanita England, Sarina Wiegman, memuji Lauren James setelah penyerangnya itu menunjukkan persembahan “istimewa” untuk membantu pasukannya membelasah China 6-1 pada Selasa.


Kemenangan itu menyaksikan pasukan Lionesses mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia Wanita setelah menduduki tangga teratas Kumpulan D.

James menjadi pemain terbaik pada malam itu dengan menjaringkan tiga gol, membantu mencipta peluang tiga gol serta menyaksikan satu jaringannya tidak dibenarkan.

Empat gol lagi dijaringkan oleh Alessia Russo, Lauren Hemp, Chloe Kelly dan Rachel Daly.

Gol sagu hati China dijaringkan oleh Wang Shuang menerusi tendangan penalti.

Keputusan 6-1 itu menyamai rekod kemenangan England di kejohanan itu – apabila mereka membenam Argentina 6-1 pada peringkat kumpulan Piala Dunia Wanita 2007 di China.

“Saya sangat gembira. Apa yang saya katakan sebelum perlawanan, kami akan melakukan perkara yang agak berbeza. Ia menunjukkan betapa adaptif pasukan ini.

“Hari ini apa yang kami usahakan telah membuahkan hasil, pemain berasa selesa,” kata Wiegman, yang turut menyaksikan pasukannya mara dengan meraih mata maksimum daripada tiga perlawanan.

“Kami mahu menggunakan mutu yang kami ada. James berasa cergas, beliau melakukan perkara yang istimewa hari ini. Malangnya, satu gol itu dibatalkan.”

Russo membuka tirai jaringan pada minit keempat, sebelum Hemp dan James menambah dua lagi untuk memberikan England kedudukan selesa sebelum tamat separuh masa pertama di Stadium Hindmarsh di Adelaide.

Juara Asia, China, yang gagal melangkah ke peringkat kumpulan Piala Dunia Wanita buat kali pertama, bangkit untuk memberikan saingan pada separuh masa kedua dan akhirnya mendapatkan gol menerusi sepakan penalti Wang.

Bagaimanapun, James kemudian menjaringkan gol ketiganya dalam kejohanan ini sebelum Kelly dan Daly turut menemukan sasaran untuk memberikan kemenangan besar kepada England.

Mereka bakal ke Brisbane untuk menentang Nigeria minggu depan bagi merebut tempat ke pusingan suku akhir.

“Satu lagi hari di mana impian menjadi kenyataan. Saya gembira untuk pasukan ini, kami menantikan pusingan seterusnya,” kata James, 21 tahun, pemain termuda terlibat secara langsung dalam lima gol dalam satu perlawanan Piala Dunia Wanita.

“Saya berasa bebas, sama ada saya di bahagian sayap atau tengah, saya gembira berada di atas padang...

“Setiap perlawanan saya mahu meningkatkan persembahan saya dan menjadi lebih baik. (Nigeria) pasukan yang sukar, setiap pasukan yang kami lawan memberikan saingan hebat.”

Dalam perlawanan lain, Denmark menewaskan Haiti 2-0 untuk menduduki tempat kedua dan akan menentang tuan rumah bersama, Australia, pada pusingan seterusnya.

Keputusan itu menamatkan kemarau panjang Denmark, yang kali terakhir mara ke peringkat kalah mati pada 1995. – Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >