Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Chelsea atasi Los Angeles FC dalam stadium hampir kosong

Jun 17, 2025 | 3:46 PM
Pemain Chelsea, Pedro Neto (jersi biru) menjaringkan gol pada minit ke-34 ketika Chelsea memulakan kempen Piala Dunia Kelab dengan kemenangan 2-0 ke atas Los Angeles FC.
Pemain Chelsea, Pedro Neto (jersi biru) menjaringkan gol pada minit ke-34 ketika Chelsea memulakan kempen Piala Dunia Kelab dengan kemenangan 2-0 ke atas Los Angeles FC. - Foto REUTERS

ATLANTA: Pengurus Chelsea, Enzo Maresca, menyifatkan suasana dalam perlawanan pembukaan pasukan beliau di Piala Dunia Kelab pada 16 Jun sebagai “pelik” selepas The Blues meraih kemenangan di hadapan hampir 50,000 tempat duduk kosong.

Juara Liga Persidangan Eropah itu meraih kemenangan 2-0 ke atas pasukan Bola Sepak Liga Utama (MLS) Amerika Syarikat, Los Angeles FC, di Stadium Mercedes-Benz di Atlanta dengan hanya 22,000 penyokong hadir di arena yang berkapasiti 71,000.

“Suasananya agak pelik, stadium itu hampir kosong, tidak penuh.

“Kami bersikap profesional, kami perlu menyesuaikan diri dengan keadaan, dengan persekitaran... Ia adalah penting tingkah laku para pemain, sikap mereka, dan sekali lagi mereka menunjukkan betapa profesionalnya mereka,” kongsi Maresca kepada media.

Pengurus dari Italy itu menambah bahawa pasukannya menjangkakan kehadiran penonton yang lebih ramai, tetapi berharap mereka akan mendapat sokongan sedemikian dalam perlawanan kedua menentang kelab Brazil, Flamengo, di Philadelphia.

“Kami membuat persiapan untuk perlawanan ini juga memikirkan bahawa suasananya akan sedikit berbeza, tetapi sepastinya perlawanan seterusnya akan menjadi lebih meriah, kerana kami tahu bahawa pasukan dari Brazil sentiasa membawa ramai penyokong,” katanya.

Jaringan Pedro Neto dan Enzo Fernandez memberi permulaan yang baik untuk Chelsea dalam perlawanan menentang salah satu daripada tiga pasukan MLS yang layak.

Pemain baru, Liam Delap, membuat penampilan sulungnya sebagai pemain gantian dan membantu jaringan Fernandez, dengan The Blues berharap untuk mengukuhkan semula kedudukan mereka dalam kalangan pasukan elit selepas kejayaan dalam Liga Persidangan Eropah dan kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Maresca turut menyatakan bahawa ia adalah “keputusan yang sangat baik” dan berpuas hati dengan persembahan Delap.

“Perkara yang baik tentang Liam adalah beliau tahu cara kami mahu bermain, jadi prosesnya agak pantas.

“Ia adalah penting untuk menang hari ini dan juga tidak dibolosi gol,” ujar beliau. – AFP, Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg