Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Chelsea atasi Wolves, akhiri kemarau 5 perlawanan tanpa menang

Jan 21, 2025 | 2:25 PM
Pemain pertahanan Chelsea, Tosin Adarabioyo (dua dari kiri) meraikan gol pertama Chelsea bersama rakan pasukannya ketika menentang Wolves di saingan Liga Perdana England (EPL) pada 21 Januari (waktu Singapura) di stadium Stamford Bridge.
Pemain pertahanan Chelsea, Tosin Adarabioyo (dua dari kiri) meraikan gol pertama Chelsea bersama rakan pasukannya ketika menentang Wolves di saingan Liga Perdana England (EPL) pada 21 Januari (waktu Singapura) di stadium Stamford Bridge. - Foto EPA-EFE

LONDON: Prestasi cemerlang di separuh masa kedua membantu Chelsea menewaskan Wolves untuk menamatkan lima perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Perdana England (EPL) dan melonjak ke kedudukan empat teratas.

Setelah jaringan pembukaan pemain pertahanan Chelsea, Tosin Adarabioyo disamakan oleh pemain Wolves, Matt Doherty, dua gol dalam tempoh lima minit di separuh masa kedua menerusi Marc Cucurella dan Noni Madueke memastikan kemenangan tuan rumah di Stamford Bridge.

Cucurella, yang membuat penampilan ke-100 dalam EPL, menjaringkan gol dari jarak dekat selepas hantaran lintang Madueke ditepis ke arahnya oleh Kiernan Dewsbury-Hall.

Madueke kemudian menanduk masuk gol hasil daripada Trevoh Chalobah, yang beraksi setelah kembali daripada pinjaman di Crystal Palace, menerusi sepakan percuma.

Matheus Cunha, memanfaatkan posisi penjaga gawang Chelsea, Robert Sanchez, yang keluar dari gawangnya, dan melambung hantaran ke arah gol.

Ia cuba ditangkap oleh penjaga gawang dari Sepanyol itu namun gagal menepisnya dengan baik.

Kesilapan itu menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai pemilihan Sanchez, yang hanya mempunyai satu clean sheet di padang sendiri musim ini.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca, mempertahankan Sanchez dan memberitahu agensi berita Sky Sports:

“Anda kata itu adalah kesalahan keempat (yang menghasilkan gol)? Baiklah dan berapa kali beliau menyelamatkan kami? Lebih daripada empat kali. Jadi tiada masalah.

“Kesilapan boleh berlaku padanya, penyerang, pemain tengah. Beliau melakukan tugasnya dengan baik.”

Jaringan pembukaan Tosin – disahkan oleh video penolong pengadil (VAR) selepas dibatalkan kerana ofsaid – dihasilkan apabila percubaan Reece James terpesong ke arahnya.

Kemenangan itu membawa Chelsea ke tangga keempat, dua mata di hadapan Manchester City dan Newcastle United.

Wolves, yang kini merupakan pasukan yang paling banyak dibolosi dalam EPL dengan 51 gol, kekal di tangga ke-17, dan pasukan Vitor Pereira hanya berada di luar zon penyingkiran berdasarkan perbezaan jaringan.

Chelsea membuat lima pertukaran pemain termasuk penampilan pertama Kiernan Dewsbury-Hall dalam kesebelasan utama sejak perpindahannya dari Leicester pada musim panas, dan memulakan perlawanan dengan cemerlang.

Chelsea melakukan empat percubaan dalam lima minit pertama dan terus memberikan tekanan, dengan Cole Palmer hampir menjaringkan gol awal melalui rembatan dari luar kotak penalti yang ditepis penjaga gawang Wolves, Jose Sa.

Permulaan baik mereka hampir tidak membuahkan hasil, sebelum Tosin berjaya mengawal bola dan menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea dalam EPL.

Bendera ofsaid dinaikkan sejurus gol itu, namun pengesahan VAR menunjukkan Tosin berada dalam kedudukan sah kerana kedudukan Matheus Cunha.

Chelsea kemudian memperlahankan tempo, dan Wolves, yang tidak menunjukkan ancaman dalam 30 minit pertama, mula menguasai permainan.

Jaringan penyamaan Matt Doherty merupakan percubaan pertama tepat ke arah gol oleh Wolves, hasil daripada tekanan berterusan.

Di babak kedua, Chelsea kembali menguasai permainan dan sempat menjaringkan gol keempat, namun dibatalkan kerana Nicolas Jackson berada dalam posisi ofsaid ketika menerima hantaran Palmer.

Kemarau jaringan Jackson berlanjutan kepada enam perlawanan EPL, sesuai dengan kemerosotan prestasi Chelsea, dan menjadi sebuah lagi cabaran yang perlu ditangani oleh Maresca.

Wolves mempamerkan aksi hambar dan hanya berjaya mencatatkan satu percubaan di separuh masa kedua pada minit ke-79.

Selepas mengutip tujuh mata dalam tiga perlawanan pertamanya, Pereira kini berdepan dengan tiga kekalahan berturut-turut, mengekalkan Wolves di kedudukan penyingkiran.

Satu kebimbangan besar adalah kelemahan mengawal situasi set-piece, dengan Wolves dibolosi 19 kali menerusi situasi tersebut musim ini – tujuh gol lebih banyak berbanding pasukan lain.

Malah, ini merupakan kali pertama sejak 1982 mereka tewas tiga perlawanan liga berturut-turut dalam setahun.

Dengan perlawanan menentang Arsenal, Aston Villa, Liverpool dan Bournemouth – kesemuanya merupakan lapan pasukan teratas EPL – Wolves bakal berdepan cabaran besar.

“Kami perlu konsisten selama 95 minit. Hari ini, pemain cuba memberikan yang terbaik, tetapi bukan dengan cara yang sepatutnya,” kata Pereira.

“Kami perlu memperbaiki permainan set-piece. Kami juga perlu meningkatkan keyakinan ketika membuat hantaran silang dan memperbaiki taktikal pasukan.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg