Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea dapatkan pemain midfield Lesley Ugochukwu

Aug 02, 2023 | 02:49 PM



LONDON: Pengurus Mauricio Pochettino berkata muka baru Lesley Ugochukwu mungkin dipinjamkan setelah pemain midfield itu menyertai Chelsea pada harga 27 juta euro ($39.7 juta) daripada Rennes.


Ugochukwu telah menandatangani kontrak selama tujuh tahun tetapi Pochettino belum lagi memutuskan masa depan terdekat pemain Perancis itu.

Pemain muda berusia 19 tahun itu telah membuat 47 kemunculan Ligue 1 bagi Rennes dan juga ditampilkan dalam Liga Europa.

“Kami perlu menilainya apabila beliau memulakan latihan hari ini dan kemudian di London setelah lawatan tersebut,” kata Pochettino.

“Beliau pemain yang muda, berbakat. Sekarang adalah masanya untuk menilainya hingga akhir tempoh pemindahan dan lihat sama ada beliau akan bersama kami atau mungkin terdapat kemungkinan untuk meminjamkannya.”

Ugochukwu, yang perjanjiannya mempunyai pilihan lagi setahun, belum pernah bermain bagi pasukan senior Perancis, tetapi telah bermain bagi pasukan bawah 17 tahun (U17), U18, dan U19 Les Bleus.

Beliau boleh kembali ke Ligue 1 untuk musim seterusnya kerana kumpulan yang memiliki pasukan Blues membeli saham majoriti dalam Alsace kelab Strasbourg pada Jun.

Chelsea telah memburu pemain midfield Brighton, Moises Caicedo, sepanjang tempoh pemindahan – dengan bidaan £80m kelab itu ditolak minggu lalu – dan Pochettino telah menyeru bagi pemain lebih berpengalaman untuk disertakan dalam skuadnya.

Blues mempunyai strategi untuk menandatangani bakat muda yang mempunyai potensi menjadi pemain bintang masa depan sambil mengurangkan jumlah pemain dalam skuad yang ramai berikutan perbelanjaan £600 juta dalam dua jendela pemindahan sebelumnya.

Kai Havertz, Mateo Kovacic dan Mason Mount telah berpindah sewaktu musim panas ini – masing-masing ke Arsenal, Manchester City dan Manchester United, sementara N’Golo Kante, Kalidou Koulibaly dan Edouard Mendy telah berpindah ke Liga Profesional Saudi.

Ruben Loftus-Cheek dan Christian Pulisic kedua-duanya membuat pemindahan ke kelab Italy, AC Milan, sementara Conor Gallagher telah menjadi subjek tawaran £40 juta daripada West Ham United.

Chelsea telah menambah penyerang Christopher Nkunku dan Nicolas Jackson untuk skuad mereka berserta pemain muda Brazil, Angelo Gabriel. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >