Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA LIGA

Chelsea, Everton mara pusingan ketiga, Sheffield United pula tersingkir

Aug 31, 2023 | 03:24 PM



LONDON: Chelsea dan Everton mara ke peringkat ketiga Piala Liga dan nyaris tersingkir menentang pasukan dari Liga Dua England.


Di Stamford Bridge, AFC Wimbledon mendahului Chelsea sebelum pasukan tuan rumah bangkit untuk menang 2-1.

Everton juga hanya berjaya bangkit dalam fasa terakhir perlawanan dengan menundukkan Doncaster 2-1.

Namun, Sheffield United tidak senasib pasukan-pasukan Liga Perdana yang lain, apabila mereka ditewaskan oleh Lincoln dari Liga Satu England melalui sepakan penalti.

Jurulatih Chelsea, Mauricio Pochettino membuat tujuh pertukaran kepada pasukannya yang telah menewaskan Luton 3-0 yang merupakan kemenangan pertama beliau sebagai pengurus Chelsea Jumaat lalu.

Ian Maatsen, Lesley Ugochukwu dan Mason Burstow diberi kepercayaan untuk bermain dalam kesebelasan utama buat pertama kali dan Diego Moreira juga membuat kemunculan pertama untuk Chelsea.

Pochettino masih mengejar trofi pertamanya dalam bola sepak England selepas pengalaman bersama Southampton dan Tottenham sebelum ini.

Beliau mungkin rasa gementar dengan kemungkinan menghadapi kegagalan dalam percubaan pertama mengejar trofi bersama Chelsea, apabila Wimbledon menjaringkan gol pertama pada minit ke-19.

Penjaga gawang Chelsea, Robert Sanchez bertembung dengan Harry Pell dari Wimbledon, apabila beliau gagal menangkap hantaran pemain lawan dan sepakan penalti diberikan, yang dijaringkan James Tilley.

Chelsea menyamakan kedudukan di akhir babak separuh pertama apabila Noni Madueke menjaringkan sepakan penalti yang diberikan selepas beliau dikasari Alex Pearce.

Enzo Fernandez kemudian memberi kelegaan kepada pasukan Chelsea apabila beliau masuk padang dan menjaringkan gol lantas meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-72.

Mengambil kesempatan kekeliruan dalam pertahanan Wimbledon, Fernandez menjaringkan gol pertama beliau sejak berpindah daripada Benfica dengan nilai harga £106 juta ($182 juta) pada Januari.

Sementara itu, Everton hampir mengalami kekalahan di tangan Doncaster yang berada di kedudukan terakhir dalam Liga Dua England.

Pengurus Everton, Sean Dyche hanya membuat empat pertukaran agar dapat mengelak keputusan yang mengejutkan di Stadium Eco-Power.

Namun Everton mempamerkan prestasi separuh masa pertama yang agak suram dan melepaskan gol pada minit ke-44.

Joe Ironside menghukum kesilapan pertahanan Everton untuk menanduk masuk bola melepasi tangkapan Jordan Pickford.

Dyche memberi peluang kepada penyerang warga Portugal, Beto, yang baru ditandatangani dari Udinese pada harga £30 juta ($51 juta), untuk bermain dalam separuh masa kedua.

Beto menjaringkan 21 gol dalam Liga Italy untuk tempoh dua musim bersama Udinese dan kebolehan penyerang itu menyerlah buat Everton.

Beliau mengejar hantaran Abdoulaye Doucoure pada minit ke-73, dan berjaya melepaskan diri daripada pertahanan Doncaster dan menjaringkan sepakan tepat untuk gol pertama Everton musim ini.

Arnaut Danjuma menyelamatkan Everton daripada kekalahan dengan jaringannya pada minit ke-88.

Permulaan penuh sengsara Sheffield United menjadi duka apabila mereka ditewaskan Lincoln menerusi jaringan penalti 3-2 di Bramall Lane.

Selepas tempoh perlawanan yang membosankan, penjaga gawang Lincoln Lukas Jensen menyelamatkan sepakan penalti daripada Louis Marsh dan Benie Traore untuk membawa kekalahan keempat berturut-turut bagi Sheffield United. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >