Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Postecoglou pertahan pemilihan pemain selepas Spurs tersingkir dari Piala Liga

Aug 30, 2023 | 03:18 PM



LONDON: Ange Postecoglou telah mempertahankan pilihan pasukannya pada Selasa, menyusuli kekalahan pertama Tottenham Hotspur musim ini, yang tunduk kepada Fulham 3-5 menerusi babak tendangan penalti selepas kededua pasukan terikat 1-1 dalam pusingan kedua Piala Liga.


Pengurus asal Greece-Australia itu merupakan antara tunggak di sebalik permulaan baik pasukannya dan musim pertamanya selaku pengurus, dengan menundukkan Manchester United serta Bournemouth dan seri dengan Brentford dalam Liga Perdana England (EPL).

Namun bekas pengurus Celtic itu terpaksa berhadapan realiti selepas membuat sembilan pertukaran kepada kesebelasan utamanya semasa bertandang di padang Craven Cottage.

Fulham akhirnya menang 5-3 menerusi babak sepakan penalti untuk mara ke pusingan ketiga Piala Liga.

“Saya sememangnya kecewa dengan keputusan ini... kami tersingkir dari kejohanan ini (Piala Liga).

“Kami tidak bermain dengan baik pada awal permainan, namun ini dapat dijangkakan kerana bilangan pemain (baru) yang diturunkan.

“Ramai dalam kalangan mereka bermain kali pertama dalam musim ini.

“Kami kurang persefahaman dan tidak lancar. Meskipun begitu, kami dapat bertahan. Banyak cara berbeza boleh kami lakukan untuk berkembang sama sebagai sebuah pasukan,” katanya lagi.

Pemain pertahanan Spurs, Davinson Sanchez, gagal menjaringkan sepakan penaltinya apabila penjaga gawang Fulham, Marek Rodak, menyelamatkan sepakannya sebelum pemain Fulham Joao Palhinha dan Kenny Tete kededuanya menjaringkan sepakan penalti mereka untuk menjamin kemenangan.

Fulham mendahului Spurs pada minit ke-19 dalam perlawanan tersebut melalui jaringan sendiri pemain pertahanan Micky van de Ven dari jarak dekat.

Spurs yang memenangi piala tersebut sebanyak lima kali, gagal untuk mengancam gawang Fulham pada separuh masa pertama sebelum menyamakan kedudukan pada minit ke-56 melalui sentuhan Richarlison.

Dalam satu perlawanan berasingan, Salford City dari Liga Kedua England menewaskan Leeds United 9-8 menerusi sepakan penalti juga selepas mereka seri 1-1.

Kelab Liga Kedua England, Plymouth Argyle, juga hampir-hampir menghasilkan keputusan mengejutkan apabila mereka mendahului Crystal Palace 2-0, tetapi pasukan bimbingan Roy Hodgson bangkit untuk menang 4-2. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >