Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea tewaskan Brighton 3-2 dengan 10 pemain

Dec 04, 2023 | 04:00 PM



LONDON: Enzo Fernandez menjaringkan gol dua kali ketika Chelsea bertahan dengan 10 pemain untuk menewaskan Brighton dalam perlawanan di Stamford Bridge pada 3 Disember.


Pemain tengah warga Argentina itu meletakkan The Blues di hadapan selepas 17 minit dan bekas pemain pinjaman Brighton, Levi Colwill, menggandakan kedudukan empat minit kemudian dengan menjaringkan gol pertamanya di Chelsea.

Pemain Brighton Facundo Buonanotte membalas dengan gol hebat dan mereka bangkit apabila kapten, Chelsea Conor Gallagher, dilayangkan kad kuning kedua dan dibuang padang pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, Fernandez memulihkan kelebihan dua gol Chelsea daripada sepakan penalti pada pertengahan separuh masa kedua.

Pengadil Craig Pawson pada mulanya mengisyaratkan permainan diteruskan apabila James Milner menjatuhkan Mykhailo Mudryk dalam kotak penalti tetapi memberi tendangan penalti selepas diarah ke skrin oleh video penolong pengadil (VAR).

Brighton terus menguasai bola tetapi menghadapi kesukaran mencipta peluang terhadap Chelsea hingga Joao Pedro membalas dengan satu gol tandukan pada minit kedua masa kecederaan.

The Seagulls kemudian diberi penalti pada minit ke-10 tambahan akibat bola mengena tangan Colwil, namun VAR membatalkan keputusan itu apabila ulang tayang menunjukkan bola terkena kepala pemain pertahanan itu, bukan lengannya.

Kemenangan itu merupakan yang kedua buat Chelsea di padang sendiri dalam Liga Perdana musim ini, manakala kekalahan bermakna Brighton kini hanya memenangi satu daripada lapan perlawanan liga terakhir mereka.

The Blues bermula dengan baik dan mendapat pendahuluan yang wajar melalui tandukan jarak dekat Fernandez daripada hantaran silang Benoit Badiashile.

Apabila Colwill menjadikan kedudukan 2-0 tidak lama kemudian, mereka kelihatan dapat mengatasi pasukan Brighton yang banyak berubah berikutan usaha Liga Europa mereka.

Bagaimanapun, persembahan Chelsea mendatar selepas dua jaringan gol mereka, membolehkan Brighton mengubah permainan – mengambil kesempatan apabila Buonanotte menerima hantaran daripada Adam Lallana, memotongnya dari kanan dan melencongkan bola ke sudut jauh.

“Kami layak menang, tetapi ia adalah separuh masa kedua yang rumit dengan kurang seorang pemain,” kata pengurus Chelsea, Pochettino, kepada rancangan, Match of the Day BBC.


“Brighton adalah sebuah pasukan yang sangat bagus dan bermain dengan baik. Kadang-kadang mereka memaksa anda bermain secara mendalam tetapi sikap pemain benar-benar bagus,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >