Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Mateo Kovacic sah ke Man City

Pemain tengah itu pindah dari Chelsea dengan harga 25 juta paun
Jun 28, 2023 | 12:38 PM



MANCHESTER: Juara Liga Perdana England (EPL), Manchester City, telah mendapatkan khidmat pemain tengah Mateo Kovacic dari Chelsea dengan harga 25 juta paun ($43 juta).


Tawaran bagi pemain berusia 29 tahun itu turut menyertakan tambahan yang berkemungkinan berharga lima juta paun dan beliau telah menandatangani kontrak selama empat tahun.

Beliau merupakan pemindahan pertama bagi City dalam tempoh pemindahan kali ini selepas pasukan kendalian Pep Guardiola itu memenangi ‘Treble’ Liga Juara-juara, EPL dan Piala FA pada musim 2022/23.

Kovacic berkata: “Ini merupakan pemindahan yang hebat bagi saya dan saya tidak sabar untuk bermula dengan City.”

Ketibaan pemain asal Croatia itu susulan pemindahan Ilkay Gundogan secara percuma ke Barcelona.

City turut menyasarkan bagi mendapatkan khidmat Declan Rice dari West Ham setelah membuat tawaran awal sebanyak 90 juta paun namun ia ditolak oleh kelab tersebut.

Kovacic menjelaskan: “Sesiapa sahaja yang telah menonton pasukan ini (iaitu City) di bawah kendalian Pep tahu betapa bagusnya pasukan itu – bagi saya, mereka adalah yang terbaik di dunia.

“Trofi yang mereka menang jelas untuk dilihat semua, tetapi mereka juga pasukan terbaik (dari aspek permainan) bola sepak luar sana.

“Ia merupakan impian mana-mana pemain bola sepak untuk menyertai skuad ini.”

Beliau turut akur masih banyak yang perlu beliau pelajari dan percaya di bawah pengurusan Pep, beliau dapat menjadi pemain lebih baik.

“Rancangan saya kini adalah untuk rehat selama beberapa minggu sebelum kembali ke Manchester untuk membuat persediaan menghadapi musim baru.

“Saya ingin bantu kelab ini kekal di kemuncak dan menang lebih banyak trofi,” tambahnya.

Pengarah bola sepak City, Txiki Begiristain, berkata ia adalah keputusan mudah untuk membawa Kovacic ke City kerana beliau “mempunyai mutu taktikal dan teknikal yang dicari dalam seorang pemain midfield”.


Kovacic menyertai Chelsea dari Real Madrid pada Ogos 2018 secara pinjaman sebelum menandatangani kontrak tetap selama lima tahun.

Beliau membuat 37 penampilan untuk kelab itu bagi musim 2022/23 dan membantu Chelsea menduduki tangga ke-12 EPL.

Beliau juga sebahagian daripada pasukan Chelsea yang memenangi Liga Juara-Juara pada 2021 dalam kemenangan 1-0 ke atas City di peringkat akhir.

Di peringkat antarabangsa, Kovacic telah membuat 95 penampilan untuk Croatia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >