Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: CHELSEA LWN LIVERPOOL

Chelsea, Liverpool berebut kemenangan sulung sebagai “pembakar semangat”

Aug 13, 2023 | 05:31 AM



LONDON: Kemenangan sememangnya diburu setiap atlet dan mana-mana pasukan yang bertanding dalam apa jua bidang sukan – apatah lagi bagi sesebuah kelab bola sepak yang bertanding dalam Liga Perdana England (EPL), yang membuka tirainya bagi musim 2023/2024 malam tadi.


Malam ini, giliran Chelsea dan Liverpool pula untuk saling merebut kemenangan. Namun belum apa-apa lagi Chelsea dirasakan punya peluang lebih baik – bermain di padang sendiri di Stamford Bridge.

Bagi kedua-dua kelab yang masing-masing pernah menjuarai EPL, Chelsea pada 2017 dan Liverpool pada 2020, kemenangan malam ini sememangnya didambakan, sebagai satu pembakar semangat.

Bagi Chelsea, prestasi mereka pada musim lalu adalah menghampakan dan pastinya kemenangan ke atas Liverpool malam ini akan meningkatkan semangat juang para pemainnya untuk beraksi dengan lebih baik musim ini.

Dalam lima perlawanan pramusim, Chelsea menang tiga dan seri dua.

Pengurus baru mereka, Mauricio Pochettino, berkata beliau telah pun menetapkan matlamat jangka panjang dan jangka pendek, sempena perlawanan pembukaan yang dianggapnya sebagai “amat besar”.

Pastinya sasarannya adalah kejayaan.

“Kami sedang dalam perjalanan untuk membina sesuatu yang istimewa,” kata Pochettino.

“Ia satu proses dan kami perlukan masa, namun dalam bola sepak kita tidak boleh menunggu masa. Kami perlu catat kejayaan mulai sekarang.

“Kami tahu yang kami adalah Chelsea dan meskipun para pemain muda yang akan terlibat semasa menentang Liverpool, mindanya tetap untuk menang.

“Kami sedang dalam persiapan dan kami juga sedar perlawanan pertama agak sukar, dan kemudian disusuli pula perlawanan-perlawanan selanjutnya.

“Walau apa pun, kami perlu mempunyai minda yang kuat.”

Meskipun menunjukkan prestasi baik dalam perlawanan pramusim, Pochettino menekankan bahawa kemenangan tidak akan dicapai dengan mudah.

“Idea dan mesej saya kepada pemain, peminat dan semua orang bahawa kami adalah Chelsea dan kami perlu menang,” tambahnya.

Baru-baru ini, Pochettino bak mengeluarkan amaran kepada pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, bahawa Chelsea sudah bersedia menghadapi lawan mereka itu di Stamford Bridge pada malam ini, sedang kededua pasukan bersedia untuk memulakan kempen kali ini dengan kemenangan.

Empat perlawanan antara Chelsea dengan Liverpool sebelum ini, telah berakhir dengan keputusan seri selepas 90 minit.

Namun dengan 28 gol antara mereka dalam sembilan perlawanan persahabatan kali ini, kemungkinan kemenangan dijangka berpihak kepada salah satu pasukan itu.







Pochettino, 51 tahun, berkata: “Ia bukan satu pilihan. Kami sudah bersedia dan akan terus bersiap sedia. Semasa menentang Borussia Dortmund (perlawanan persahabatan pramusim), kami bermain dengan baik. Kami sepatutnya menang namun ia bukan hanya keputusan seri sahaja,” jelasnya.

Ditanya sekiranya Chelsea mampu menjulang piala Liga Perdana England (EPL) musim ini, Pochettino menjawab:

“Kami akan cuba untuk memenanginya. Chelsea mempunyai sejarah untuk menang. Sekiranya kami tidak berdaya memenanginya, saya akan beritahu anda menjelang akhir musim kali ini. Yang pasti kami perlu yakin dan dalam bola sepak keyakinan itu penting,” tambahnya.

Sementara itu pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, pula berkata, beliau akur bahawa pasukannya perlu menentukan formasi yang mantap menjelang pertemuan dengan Chelsea.







Perlawanan persahabatan pramusim Liverpool berakhir pada Isnin lalu apabila pasukan itu menundukkan pasukan yang baru dinaikkan ke Bundesliga Jerman pada musim ini, SV Darmstadt 98.

Gol-gol oleh Mohamed Salah, Diogo Jota dan Luis Diaz cukup memberi keselesaan kepada Liverpool mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas pasukan Jerman itu.

Dalam 10 minit pertama perlawanan itu, Mohamed Salah dan Diogo Jota meletakkan Liverpool di hadapan sebelum Mathias Honsak berjaya rapatkan kedudukan.

Namun Luis Diaz menjaringkan gol pada minit ke-59 bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Liverpool.

“Kami sepatutnya mampu jaringkan lebih banyak gol, namun kami tidak berbuat demikian dan kami benarkan pasukan lawan jaringkan gol – ia kesilapan kami. Kami sering berbual berkaitan hal sebegini dan cuba huraikannya secepat mungkin. Yang pasti kami jaringkan dua gol menerusi taktik yang baik dan kami bermain dengan baik secara keseluruhannya,” tambahnya.

Meskipun begitu, Klopp akur bahawa pasukannya belum selesai menentukan formasi menjelang pertemuan dengan pasukan Chelsea malam ini.

“Memang kami kelihatan cergas dan hebat buat masa ini namun menjelang perlawanan ini, formasi sedang terus ditentukan. Yang pasti tiada siapa yang alami kecederaan.

“Semasa di Jerman kami boleh berlatih dan tekankan ke atas tahap fizikal dan taktikal. Kami tamatkan perlawanan persahabatan pramusim dengan baik tanpa masalah besar. Itu yang penting,” tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >