Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kesetiaan ‘The Reds’: Semangat peminat Liverpool jelas kelihatan

SAJIAN FOTO
Aug 4, 2023 | 7:39 PM
TOPI ‘JOKER’: Topi ‘joker’ yang Encik Mohammad Muhaimin Abdul Rahman tampilkan telah menjadi salah satu ikon pada imejnya sejak 2009. Ia juga merupakan barangan koleksi Liverpool yang dikumpulkan beliau.
TOPI ‘JOKER’: Topi ‘joker’ yang Encik Mohammad Muhaimin Abdul Rahman tampilkan telah menjadi salah satu ikon pada imejnya sejak 2009. Ia juga merupakan barangan koleksi Liverpool yang dikumpulkan beliau. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Pada hari pertandingan Liverpool FC di Singapura, slogan “You’ll Never Walk Alone” atau Anda Tidak Akan Berjalan Sendirian, begitu jelas terpapar di merata Stadium Negara pada Ahad dan Rabu lalu. Slogan ini menyatukan penggemar di seluruh dunia. 

Pada Ahad lalu, Liverpool telah bertemu Leicester City dan pada Rabu, pasukan itu bertemu Bayern Munich.

Dalam suasana meriah ini, Berita Harian (BH) bertemu Encik Mohammad Muhaimin Abdul Rahman, peminat tegar pasukan Liverpool berusia 40 tahun. Dikenali sebagai ‘Moe’, beliau memaparkan erti semangat slogan pasukan itu, ‘You’ll Never Walk Alone’. 

Sebagai maskot tidak rasmi, dedikasinya pada pasukan itu menjadikannya ikon dalam kalangan peminat Liverpool di Singapura.

SIAP SEDIA: Encik Mohammad Muhaimin buat persiapan bersama anak perempuanya, Cyntha Qysha Qaisara Mohammad Muhaimin, 14 tahun, empat jam sebelum pertandingan bermula. Cyntha ialah seorang peminat Liverpool seperti ayahnya juga. Dia akan mengikuti ayahnya ke setiap perlawanan bola sepak. Dia juga bertindak selaku jurugambar untuk orang ramai yang ingin bergambar dengan ayahnya. 
SIAP SEDIA: Encik Mohammad Muhaimin buat persiapan bersama anak perempuanya, Cyntha Qysha Qaisara Mohammad Muhaimin, 14 tahun, empat jam sebelum pertandingan bermula. Cyntha ialah seorang peminat Liverpool seperti ayahnya juga. Dia akan mengikuti ayahnya ke setiap perlawanan bola sepak. Dia juga bertindak selaku jurugambar untuk orang ramai yang ingin bergambar dengan ayahnya.  - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
PERJALANAN MERIAH: Encik Mohammad Muhaimin memasang bendera di tingkap keretanya. “Kita mesti datang dengan gaya yang hebat!” kata beliau dengan megah.
PERJALANAN MERIAH: Encik Mohammad Muhaimin memasang bendera di tingkap keretanya. “Kita mesti datang dengan gaya yang hebat!” kata beliau dengan megah. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
TUKAR PAKAIAN: Menggunakan cermin keretanya, Encik Mohammad Muhaimin sempat berhias untuk memastikan pakaiannya rapi. Beliau menukar pakaian di tempat meletak kereta, menukar ke kostum khas bagi setiap perlawanan pasukan itu. Inilah yang dinamakan semangat pasukan Liverpool.
TUKAR PAKAIAN: Menggunakan cermin keretanya, Encik Mohammad Muhaimin sempat berhias untuk memastikan pakaiannya rapi. Beliau menukar pakaian di tempat meletak kereta, menukar ke kostum khas bagi setiap perlawanan pasukan itu. Inilah yang dinamakan semangat pasukan Liverpool. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
‘SAMPING BOY’: Encik Mohammad Muhaimin berjalan dengan bangga di sekitar ‘fanzone’ dengan pakaian lengkapnya yang terdiri daripada bendera Liverpool yang terikat di pinggangnya bak samping. Terdapat juga bendera dengan reka bentuk sayap di belakangnya, skarf, sepatu serta topi ‘joker’ pasukan Liverpool. Inilah kostum yang digunakannya di semua perlawanan Liverpool di Singapura ataupun luar negara.
‘SAMPING BOY’: Encik Mohammad Muhaimin berjalan dengan bangga di sekitar ‘fanzone’ dengan pakaian lengkapnya yang terdiri daripada bendera Liverpool yang terikat di pinggangnya bak samping. Terdapat juga bendera dengan reka bentuk sayap di belakangnya, skarf, sepatu serta topi ‘joker’ pasukan Liverpool. Inilah kostum yang digunakannya di semua perlawanan Liverpool di Singapura ataupun luar negara. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
SELEBRITI TIDAK DIJANGKA: Kehadiran Encik Mohammad Muhaimin sentiasa menarik perhatian peminat lain yang berminat untuk bergambar bersamanya. Encik Mohammad Muhaimin berhasrat untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakannya untuk semua, terutamanya kanak-kanak dan pelawat asing. Oleh itu, beliau tidak pernah menolak permintaan mereka yang ingin bergambar dengannya.
SELEBRITI TIDAK DIJANGKA: Kehadiran Encik Mohammad Muhaimin sentiasa menarik perhatian peminat lain yang berminat untuk bergambar bersamanya. Encik Mohammad Muhaimin berhasrat untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakannya untuk semua, terutamanya kanak-kanak dan pelawat asing. Oleh itu, beliau tidak pernah menolak permintaan mereka yang ingin bergambar dengannya. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
ANFIELD KE SINGAPURA: Encik Mohammad Muhaimin berdiri di belakang stadium, sambil mendendangkan irama setiap lagu berserta sorakan, membakar semangat penonton yang penuh ghairah. Beliau ingin meriahkan suasana stadium yang dipenuhi 50,000 peminat bola sepak. Ia seolah-olah bagaikan suasana di Anfield, yang dianggap sebagai antara stadium popular di dunia.
ANFIELD KE SINGAPURA: Encik Mohammad Muhaimin berdiri di belakang stadium, sambil mendendangkan irama setiap lagu berserta sorakan, membakar semangat penonton yang penuh ghairah. Beliau ingin meriahkan suasana stadium yang dipenuhi 50,000 peminat bola sepak. Ia seolah-olah bagaikan suasana di Anfield, yang dianggap sebagai antara stadium popular di dunia. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
SALING MEMBANTU: Masanya tidak terhad kepada perlawanan sahaja, beliau juga membantu Kelab Penyokong Liverpool Singapura untuk membersihkan kawasan stadium selepas perlawanan. Bagi beliau ini adalah satu contoh sebenar dari slogan ‘You Never Walk Alone’, di mana peminat kelab itu saling membantu dalam apa jua yang dilakukan. 
SALING MEMBANTU: Masanya tidak terhad kepada perlawanan sahaja, beliau juga membantu Kelab Penyokong Liverpool Singapura untuk membersihkan kawasan stadium selepas perlawanan. Bagi beliau ini adalah satu contoh sebenar dari slogan ‘You Never Walk Alone’, di mana peminat kelab itu saling membantu dalam apa jua yang dilakukan.  - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg