Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Teruja ikut ‘kemaruk’ sukan warga Australia

Semangat kesukanan warga di kota Melbourne boleh jadi contoh dalam usaha S’pura pupuk ‘budaya’ sama di kalangan warganya
Aug 06, 2023 | 05:31 AM



Bagaimana ingin tahu bahawa ada perlawanan sukan akan berlangsung di Australia?

Mudah sahaja.

Lihat keadaan sekeliling anda dan tinjaut sekitar jalan-jalan bandarnya.

Warna-warna jersi, skaf dan serkup ‘beanie’ pasukan kegemaran penyokong menceriakan suasana sejuk yang suram.

Setiap hari, warnanya berbeza – mengikut pasukan mana yang bakal berentap.

Jika tuan rumah Australia yang beraksi, warna kuning dan hijau menjadi tema lazim yang dilihat memenuhi jalan-jalan serta tram dan kereta api yang padat membawa penyokong ke stadium.

Penyokong ini seakan ‘papan tanda bergerak yang percuma’ bagi mempromosikan perlawanan yang bakal berlangsung di stadium berdekatan.

Pada hari-hari lain, ia mungkin merah dan biru, iaitu warna kelab Liga Bola Sepak Australia (AFL), Melbourne Demons.

Ada juga warna hijau dan putih yang mewakili pasukan Nigeria, manakala jersi warna merah menyala pula dipakai penyokong Maghribi.

Kedua-dua negara Afrika ini berada di Melbourne untuk bersaing dalam Piala Dunia Wanita Fifa, yang sedang dihoskan bersama Australia dan New Zealand sejak 20 Julai hingga 20 Ogos.

Inilah antara pengalaman saya semasa bercuti di Melbourne baru-baru ini.

Sepanjang 13 hari di sana, saya menonton dua perlawanan Piala Dunia Wanita – aksi pusingan kumpulan antara Nigeria dengan Canada dan Jerman lawan Maghribi – di Stadium Rectangular Melbourne.

Saya juga berpeluang ke Melbourne Cricket Ground, stadium terbesar di Hemisfera Selatan yang dapat menampung lebih 100,000 penonton, untuk menyaksikan perlawanan sukan tempatan AFL – bola sepak kontak Australia terdiri daripada 18 sepasuk yang menggunakan bola bujur – Melbourne Demons dan Adelaide Crows, serta kejohanan ragbi Piala Bledisloe yang menampilkan pasukan Wallabies Australia menentang All Blacks dari New Zealand.

Setiap hari perlawanan – yang biasanya pada waktu malam hari biasa dan seawal pagi hujung minggu – mengujakan.

Ia rasa seperti seluruh Melbourne berhimpun di dalam stadium.

Daripada kanak-kanak hingga ke warga senja, penduduk di sana sanggup membeli tiket untuk ‘turun padang’ menyaksikan pasukan kegemaran bermain secara langsung.

Ada kalanya saya rasa FOMO – singkatan bagi frasa Fear of Missing Out atau takut ketinggalan – apabila saya terlepas hadir di stadium berdekatan untuk menonton perlawanan yang telah dijadual.


Tetapi, itulah budaya sukan di Australia, di mana semangat kesukanan bukan hanya wujud dalam kalangan atletnya, tetapi juga penyokong yang memainkan peranan sama penting dalam meningkatkan ekosistem sukan negara itu.

Perlawanan Piala Bledisloe di Melbourne Cricket Ground riuh sekali dengan dihadiri hampir 85,000 penonton, manakala lebih 27,000 penonton berada di Stadium Rectangular Melbourne untuk perlawanan Piala Dunia Jerman dan Maghribi dianggap bilangan yang menggalakkan bagi aksi bola sepak wanita.

Dalam perlawanan tempatan pula, lebih 33,000 penonton berada di Melbourne Cricket Ground untuk melontar sorakan mereka ketika Melbourne Demons menentang Adelaide Crows pada Sabtu petang.

Melihat angka-angka ini pada skrin besar di stadium membuat saya tertanya, di mana tahap kesukanan Singapura dalam aspirasinya untuk menjadi negara yang minat sukan?

Berbeza dengan di tanah air, bilangan penonton di stadium bagi Liga Perdana Singapura (SPL) – satu-satunya liga profesional negara – semakin merosot.

Menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), liga itu menyaksikan purata 752 penonton menghadiri semua perlawanan di stadium bagi 17 pusingan pertama musim 2023.

Jumlah ini kurang daripada purata tahun lalu, iaitu 832 penonton, untuk seluruh musim.

Ini jauh lebih rendah berbanding pada zaman kegemilangan liga itu – yang sebelumnya dinamakan Liga-S – yang pernah menarik 30,000 penonton pada 1996.

Pada 2013, purata kehadiran penyokong di stadium adalah kira-kira 1,200 orang. 

Aksi SPL kini disiarkan secara langsung dan percuma dalam talian di YouTube, selain juga di saluran sukan berbayar Starhub TV dan Singtel TV. 

Ini mungkin menyebabkan ramai yang malas untuk turun ke stadium dan menyokong pasukan tempatan.

Tetapi, ia juga bukan satu alasan yang munasabah.

Pada 16 Julai, ketika saya pergi menonton perlawanan SPL antara pendahulu liga, Albirex Niigata, dan satu-satunya kelab swasta Singapura, Lion City Sailors di Stadium Jurong East, stadium itu hampir penuh dibanjiri penyokong kededua pasukan.

10 minit sebelum perlawanan bermula, barisan panjang untuk membeli tiket masih dilihat di luar stadium. Ia satu petanda yang baik untuk bola sepak tempatan.

Sepanjang seminggu lalu, Pesta Bola Sepak Singapura – yang menampilkan kelab Eropah seperti Liverpool, Bayern Munich, Tottenham Hotspur dan Leicester City bermain perlawanan persahabatan di sini – menyaksikan ramai peminat bola sepak berhimpun di Stadium Negara.

Perlawanan Liverpool dan Bayern Munich menarik hampir 50,000 penonton, yang kebanyakannya adalah penyokong The Reds yang turut merubah Kallang seolah-olah stadium mereka di Anfield.


Stadium Negara dapat menampung 55,000 penonton pada setiap masa.

Bagaimanapun, bilangan penonton sebesar ini hanya dilihat empat atau lima kali setahun apabila bintang-bintang dunia sukan datang ke sini.

Persoalannya ialah bagaimana untuk menjadikannya sebagai aktiviti mingguan di Singapura, yang mana stadium serata pulau penuh dihadiri penyokong.

Budaya sukan ini harus dipupuk sejak kecil, dengan ibu bapa memperkenalkan kanak-kanak dan mendekatkan mereka kepada stadium, bermula dengan perlawanan tempatan dan bukan hanya bersikap memilih jika Mohamed Salah atau Son Heung-min datang ke Singapura.

Ada kata tiket perlawanan bola sepak tempatan mahal. 

Harga tiket SPL untuk orang dewasa adalah $15, manakala kanak-kanak dikenakan harga $10.

Perlawanan Pesta Bola Sepak Singapura berharga serendah $99 pula.

Di Melbourne, saya membayar AUD$42.50 ($37.50) untuk menonton perlawanan tempatan AFL.

Kalau setiap minggu saya ke stadium di Melbourne, mungkin juga ‘koyak’ dompet saya.

Tetapi, demi hiburan dan menghidupkan semangat kesukanan, hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih, bukan?




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >