Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU PIALA FA: MAN CITY LWN CHELSEA

Chelsea perlu menang apabila berdepan Man City

Graham Potter mohon sabar dengan prestasi pasukannya
Jan 08, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Chelsea memerlukan kemenangan dalam pertembungan pusingan ketiga Piala FA dengan Manchester City di Stadium Etihad malam ini untuk menghidupkan semula musim hambar mereka.



Selepas tewas 1-0 kepada City dalam aksi Liga Perdana England tiga hari lalu, Blues kini hanya telah menang sekali dalam lapan perlawanan liga mereka untuk menghuni tangga ke-10.



Selain prestasi kurang meyakinkan mereka, misi anak didik Graham Potter di Stadium Etihad diburukkan lagi dengan senerai kecederaan yang semakin panjang dalam skuad.



Raheem Sterling dan Christian Pulisic menjadi mangsa terbaru selepas terpaksa dikeluarkan pada 20 minit pertama aksi di Stamford Bridge pada malam Khamis lalu, dan ia masih tidak pasti sama ada mereka dapat segera pulih dan diturunkan.



Duo penyerang itu menyertai N'Golo Kante, Ruben Loftus-Cheek, Edouard Mendy, Armando Broja, Mason Mount, Ben Chilwell, Reece James dan Wesley Fofana dalam bilik rawatan.



Potter, yang memperkenalkan pemain muda Omari Hutchinson dan Lewis Hall dari bangku simpanan, telah memohon kesabaran di tengah-tengah prestasi Chelsea baru-baru ini.



Dan beliau akan berharap untuk diberikan tahap pemahaman yang sama daripada pemilik Chelsea, Todd Boehly, yang menyaksikan pasukannya mengalami satu lagi kekalahan.



Bercakap kepada Sky Sports selepas perlawanan, Potter berkata:



"Apabila anda menganggap segala-galanya kehilangan Raheem (Sterling) dan Christian (Pulisic) begitu awal, para pemain memberikan segala-galanya. Ia adalah persembahan yang bersemangat menentang pasukan teratas, jadi selain daripada keputusan itu saya bangga dengan para pemain.



"Ia sukar pada masa ini saya mesti akui dan pemain juga berasa begitu. Kita harus bersatu. Sungguh mengecewakan kehilangan mereka tetapi pemain di atas padang dan mereka yang dimasukkan memberikan segala-galanya dan itu sahaja yang anda boleh minta."



Tetapi, sejauh mana pemilik dan penyokong Chelsea dapat bersabar?



Bekas penyerang Chelsea, Chris Sutton pula memberitahu BBC Sport: "Adakah ini Chelsea yang peminat mahu lihat, yang mana mereka dapat memuji usaha mereka? Chelsea, sepanjang 20 tahun lalu, telah menjadi pasukan yang memenangi trofi besar."



Keadaan boleh menjadi lebih buruk sebelum ia menjadi lebih baik bagi seorang pengurus yang masih di peringkat awal untuk meyakinkan peminat bahawa beliau adalah pengganti yang sesuai kepada pemenang Liga Juara-Juara, Thomas Tuchel.



Sutton menambah: "Persoalannya ialah sejauh mana Todd Boehly boleh bertolak ansur? Jika Chelsea disingkirkan City dalam Piala FA, saya tertanya-tanya jika mereka akan melihat ini sebagai tugas yang terlalu besar untuk Graham Potter.



"Mereka telah membelanjakan banyak wang dan anda mengasihani Potter kerana pemain utamanya tidak bermain malam ini tetapi persembahan itu tidak cukup baik.



"Saya tidak fikir sesiapa pun menjangkakan Chelsea memenangi perlawanan ini. Mereka bukan pasukan seperti mereka dahulu. Betapa lamakah Todd Boehly akan memberikan Graham Potter? Sangat sukar untuk melihat ke mana arahnya."



Malam ini merupakan pertemuan kelapan antara City dan Chelsea dalam Piala FA - Citizens telah menang empat dan Blues menang tiga daripada perlawanan itu.



Chelsea telah tumpas dalam lima daripada enam perlawanan padang lawan menentang City dalam semua pertandingan.



Satu-satunya kemenangan mereka adalah pada Mei 2021 dalam Liga Perdana di bawah Tuchel. Chelsea menang 2-1.



City sudah pun menyingkirkan Chelsea daripada Liga Piala musim ini, menang 2-0 pada November lalu. Ini mungkin musim kedua berturut-turut Chelsea terkeluar daripada Piala Liga dan Piala FA oleh pasukan sama, selepas tewas dalam perlawanan akhir kedua-dua pertandingan itu kepada Liverpool pada 2021-2022.



Sementara itu, City memasuki perlawanan malam ini dengan penuh keyakinan dan dirangsang dengan bangku simpanan yang merangkumi pemain berbakat - iaitu penting sepanjang tempoh jadual perlawanan yang padat ini.



Pengurus City, Pep Guardiola mampu membawa bakat bernilai £160 juta ($256 juta) pada sejam perlawanan di Chelsea dan pertukaran dua pemain, Jack Grealish dan Riyadh Mahrez menghasilkan impak hampir serta-merta.



"Bahasa badan Grealish adalah luar biasa jika dia bermain atau tidak bermain - individu jenis ini sentiasa bermain dengan baik," kata Guardiola kepada Sky Sports.



"Dengan Riyad saya tahu ruang akan ada untuknya. Dia bagus satu lawan satu di bahagian serangan."



City juga boleh mengharapkan pemenang Piala Dunia Argentina, Julian Alvarez sekiranya mereka memerlukan pelapis untuk mesin gol Erling Haaland. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >