Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea setuju bayaran asal £53j untuk Romeo Lavia

Aug 16, 2023 | 01:15 PM



LONDON: Chelsea telah bersetuju untuk membayar £53 juta ($91.5 juta) dengan tambahan £5 juta bagi pemain tengah Southampton, Romeo Lavia.


Pemain berusia 19 tahun itu, yang telah sekali beraksi untuk skuad senior Belgium, masih perlu menjalani pemeriksaan perubatan sebelum berpindah ke Stamford Bridge.

Lavia membuat 34 penampilan dalam semua pertandingan musim lalu tetapi tidak dapat menyelamatkan Saints daripada tersingkir daripada Liga Perdana England (EPL).


Liverpool juga membida untuk Lavia dan beliau bakal menjadi sasaran kedua yang terlepas kepada Chelsea setelah Moises Caicedo.

Chelsea menyelesaikan penandatanganan pemain tengah Ecuador, Caicedo, 21 tahun, pada Isnin dengan bayaran £100 juta yang boleh meningkat kepada rekod kelab British iaitu £115 juta.

Bidaan ketiga Liverpool untuk Lavia – yang dipercayai sekitar £46 juta termasuk tambahan – ditolak Southampton minggu lalu.

Lavia bangkit menerusi sistem belia di Anderlecht sebelum beliau berpindah ke Manchester City pada 2020 setelah dikenal pasti dalam perlawanan di Belgium yang dihadiri Pep Guardiola.

Pemuda itu membuat hanya dua penampilan senior di City – dalam Piala FA dan Piala Carabao – sedang beliau bergelut untuk menembusi pasukan utama kelab itu dan menyertai Saints pada Julai 2022 dengan harga £10.5 juta.


City dipercayai mempunyai pilihan membeli semula Lavia yang tidak akan berkuat kuasa sehingga musim panas seterusnya.

Juara Liga Perdana itu bakal mengumpulkan 20 peratus bayaran yang diterima Southampton disebabkan terma jual beli. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >