Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perlawanan EPL Newcastle lawan Man U dijangka sengit

Dua pasukan sama kuat, senasib dilanda kecederaan dan seazam ingin menang tebus kecewa Liga Juara-Juara
Dec 01, 2023 | 10:52 AM



Manchester United dilanda kekecewaan pada 30 November apabila mereka mensia-siakan kelebihan dua gol hingga akhirnya hanya mampu seri 3-3 dengan Galatasaray dalam perlawanan Liga Juara-Juara.

Keputusan itu meletak United di tangga terakhir Kumpulan A dan, dengan berbaki satu perlawanan, di ambang penyingkiran pada peringkat kumpulan daripada liga itu.

Newcastle United juga ditimpa kekecewaan apabila ia terpaksa berkongsi mata bersama PSG dalam perlawanan kumpulan F apabila gol daripada penalti lewat oleh Kylian Mbappe menyamakan kedudukan 1-1.

Kini Newcastle terpaksa bergantung pada keputusan perlawanan pasukan lain dalam kumpulannya bagi menentukan kelayakannya untuk mara ke peringkat seterusnya.

Pada hujung minggu ini, perhatian diberi pada Liga Perdana England (EPL) semula dan dua pasukan itu berpeluang menebus kekecewaan masing-masing apabila United bertandang ke St James’ Park pada 3 Disember untuk menentang Newcastle.

Meskipun kecewa dalam Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu, kedua-duanya akan beraksi semula dalam EPL berlatarbelakangkan prestasi liga mereka yang baik baru-baru ini, terutamanya pada hujung minggu lalu.

United mencatat tiga kemenangan dalam 3 perlawanan terakhir liga, termasuk kemenangan 3-0 ke atas Everton pada 27 November.

Newcastle juga kelihatan berada dalam rentak mengagumkan dalam EPL, termasuk menundukkan Chelsea 4-1 pada 25 November.

Malah, Newcastle telah membuktikan kebolehannya dengan menundukkan gergasi EPL seperti Arsenal (1-0 pada 5 November) dan Manchester City (1-0 pada 28 September).

Kini, didorong keinginan menebus kekecewaan Liga Juara-Juara, Newcastle tentunya ingin menunjukkan taring mereka terhadap Manchester United di padang sendiri.

Lantas, United berdepan cabaran sukar pada 3 Disember.

Tambahan pula barisan pertahanan United kelihatan terdedah dan kurang meyakinkan, terutama penjaga gol Andre Onana.

Ramai penyokong United menyalahkan Onana bagi dua gol yang beliau sepatutnya dapat selamatkan semasa perlawanan menentang Galatasaray.

Namun, beliau tetap mendapat sokongan pengurus United, Erik ten Hag.

“Ia bukan mengenai individu. Kesilapan individu dalam bola sepak boleh membuat perubahan dan anda bertanggungjawab untuknya, tetapi ia sentiasa mengenai pasukan,” kata ten Hag apabila ditanya tentang Onana.

Kapten United, Bruno Fernandez, juga mengakui bahawa pasukanya melepaskan terlalu banyak gol dan kurang memanfaatkan peluang menjaringkan gol.

Tanggungjawab mengancam Newcastle kini dipikul oleh penyerang remaja United, Alexandro Garnacho, yang berusia 19 tahun.

Ini lebih-lebih lagi selepas beliau menjaringkan satu gol ke atas Galatasaray dan menyumbatkan gol sensasi semasa menentang Everton.

Pemain utama United, Casemiro, Amad Diallo dan Lisandro Martinez, masih cedera dan tidak dapat menyertai pasukan mereka menentang Newcastle.

Newcastle tentunya ingin mengulangi kejayaan mereka menewaskan United 3-0 dalam Piala EFL pada 2 November.

Ia kini di tangga ketujuh EPL – satu tangga dibelakang United – dan kemenangan ke atas pasukan ten Hag itu akan menaikkan kedudukan mereka.

Bagaimanapun, Newcastle juga dilanda kecederaan, dengan pemain seperti Javier Manquillo, Sean Longstaff, Dan Burn, Matt Targett, Jacob Murphy, Harvey Barnes, Callum Wilson,Sven Botman dan Joe Willock tidak dapat diturunkan menentang United.

Namun, Matt Ritchie, Mark Gillespie and Emil Krafth akan kembali beraksi untuk perlawanan itu.

Ancaman utama Newcastle bagi United ialah pemain sayap mereka, Anthony Gordan, yang telah dicalonkan bagi Anugerah Pemain Terbaik EA Sports Liga Perdana bagi November.

Dengan dua pasukan itu hampir sama kuat, senasib dilanda kecederaan dan seazam ingin menang untuk menebus kekecewaaan, perlawanan sengit boleh dijangka apabila mereka berentap pada 3 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >