Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SEPAK TAKRAW

China bakal anjur pertandingan bagi kenal pasti, atasi isu acara takraw Sukan Asia Hangzhou

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



BAGI memastikan persiapan acara sepak takraw dalam Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, pada September berjalan lancar, satu pertandingan bakal diadakan tiga bulan sebelum temasya sukan itu.



Dinamakan Hangzhou Menarik: Undangan Sepak Takraw Asia 2023, pertandingan anjuran Persatuan Sepak Takraw China bersama Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) itu bertujuan menjadi tapak ujian untuk mengenal pasti dan menangani sebarang isu yang mungkin timbul sebelum Sukan Asia pada 23 September hingga 8 Oktober.



Edisi ke-19 Sukan Asia itu asalnya dijadual tahun lalu tetapi ditangguh setahun akibat pandemik Covid-19.



Presiden Astaf, Abdul Halim Kader memberitahu Berita Harian: "Pertandingan ini sama seperti Sukan Asia. Ia adalah untuk melihat sama ada persiapan telah berjalan dengan baik dan pegawai-pegawai teknikal yang dibawa daripada Astaf daripada luar dan dalam negara bersedia untuk mengendalikan acara."



Hangzhou Menarik: Undangan Sepak Takraw Asia 2023 dijadualkan pada 19 hingga 24 Jun di Pusat Sukan Jinhua di wilayah Zhejiang, kira-kira tiga jam dari Hangzhou. Pusat sukan itu juga disahkan sebagai lokasi pertandingan sepak takraw Sukan Asia kelak, kongsi Halim, yang juga setiausaha agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf).



Persetujuan mengelolakan acara pratemasya sukan itu dicapai baru-baru ini semasa lawatan enam hari Halim ke ibu kota Beijing pada awal Mac. Dalam surat Persatuan Sepak Takraw China kepada Halim, yang dilihat oleh BH, persatuan itu berkata acara tersebut juga memberi peluang untuknya menilai dan meningkatkan aspek bukan teknikal kejohanan itu, termasuk keselamatan, pengurusan sukarelawan, acara kebudayaan, pengalaman atlet dan penonton, dan penyiaran dan media.



"Dengan mengadakan acara peringkat tinggi, kami boleh mengenal pasti dan menangani sebarang isu yang mungkin timbul dan memastikan kami bersedia sepenuhnya untuk Hangzhou 2022.Kami akan memastikan bahawa semua aspek bukan teknikal, termasuk keselamatan dan penyiaran, diuji dengan teliti, dan semua penambahbaikan dan pelarasan yang diperlukan dibuat sebelum Hangzhou 2022," kata presiden persatuan itu, He Fengxiang dalam surat tersebut.



Pertandingan pada Jun itu, sebulan sebelum Kejohanan Sepak Takraw Antarabangsa - Piala Raja Ke-37 2023 di Thailand, dijangka disertai 12 negara, termasuk Singapura.




“Pertandingan ini sama seperti Sukan Asia. Ia adalah untuk melihat sama ada persiapan telah berjalan dengan baik dan pegawai-pegawai teknikal yang dibawa daripada Astaf daripada luar dan dalam negara bersedia untuk mengendalikan acara.”



– Presiden Astaf merangkap setiausaha agung Istaf, Abdul Halim Kader.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >