Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool tewas mengejut akibat VAR, West Ham unggul

Nov 10, 2023 | 12:07 PM



TOULOUSE (Perancis): Keputusan kontroversi video penolong pengadil (VAR) menafikan Liverpool mendapat gol penyamaan pada masa kecederaan menyebabkan mereka tewas 3-2 kepada Toulouse dalam Liga Europa pada Jumaat.


Jaringan permainan pertahanan, Jarell Quansah, untuk menjadikan kedudukan 3-3 pada minit ke-97 dibatalkan selepas pengadil menyatakan bola sebelum itu terkena lengan Alexis Mac Allister menyebabkan ‘handball’.

Rakaman VAR menunjukkan bola melantun dari dada Mac Allister ke lengan atasnya.

Jaringan Quansah yang dibatalkan itu mencetus sambutan liar daripada Liverpool dan bantahan berang daripada Toulouse sebelum pengadil Bulgaria, Georgi Kabakov, dipanggil ke skrin VAR dan kemudian mengesahkan gol itu dibatalkan.

Toulouse berada di tempat ke-14 dalam Ligue 1, mempunyai hanya satu mata di atas tempat ‘play-off’ penyingkiran, dan telah tewas 5-1 kepada Liverpool di Anfield dalam pusingan pertama Kumpulan E.

Namun, mereka mempamerkan aksi mengagumkan sepanjang perlawanan itu dan mendahului menerusi jaringan pemain sayap, Aron Donnum, pada minit ke-36 selepas beliau merampas bola daripada bek kiri Liverpool, Kostas Tsimikas.

Penyerang dan penjaring terbanyak Toulouse, Thijs Dallinga, kemudian menjaringkan gol kedua kelab Perancis itu pada minit ke-58.

Liverpool membalas satu gol menerusi jaringan sendiri daripada pemain tengah Toulouse, Cristian Casseres Jr, pada minit ke-74 tetapi pemain gantian, Frank Magri, menjaringkan gol ketiga kelab Perancis itu dua minit kemudian pada minit ke-76.

Pemain gantian, Diogo Jota, kemudian menjaringkan gol untuk Liverpool pada minit ke-88 dengan baki dua minit, sebelum jaringan Quansah pada minit ke-97 dibatalkan kerana ‘handball’.

Ini merupakan kali ke-450 Jurgen Klopp mengurus Liverpool.

Perlawanan itu menyaksikan sembilan pertukaran dalam kesebelasan utamanya sejak seri dengan Luton dalam Liga Perdana England pada 6 November.

Pemain utama seperti Mohamed Salah, Trent Alexander-Arnold dan Dominik Szoboszlai pada mulanya hanya di bangku simpanan tetapi dimasukkan pada permulaan separuh masa kedua.

Selepas empat minit dalam separuh masa kedua, kapten Joe Gomez hampir menjaringkan gol pertama Liverpool tetapi tandukannya terkena palang.

Beliau menjadi kapten sementara Liverpool kerana Virgil van Dijk tidak sihat.

Antara pemain yang memulakan perlawanan untuk Liverpool ialah pemain sayap Luis Diaz. Menurut Klopp, beliau mahu dimasukkan dalam kesebelasan utama Liverpool selepas mengetahui bapanya selamat, selepas 12 hari yang sukar berikutan penculikan ibu bapanya di Colombia.

Walaupun tewas, Liverpool, telah memenangi tiga perlawanan Liga Europa sebelum ini, masih berada dalam kedudukan baik untuk layak dari Kumpulan E dan hanya memerlukan satu kemenangan lagi daripada dua perlawanan terakhir.

Dalam pada itu, West Ham kini menduduki tempat teratas Kumpulan A selepas menewaskan kelab Greece, Olympiakos, 1-0 pada Jumaat, sekali gus menempatkan mereka dalam kedudukan baik untuk layak ke peringkat kalah mati.

Pemain tengah, Lucas Paqueta, menjaringkan gol voli 17 minit sebelum perlawanan tamat selepas beliau menemui hantaran lintang James Ward-Prowse.

Gol Paqueta pada mulanya dibatalkan kerana ofsaid tetapi VAR kemudian mengesahkan pemain Brazil itu berada dalam kedudukan onsaid ketika Ward-Prowse membuat hantarannya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >