Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

City jaya capai ‘treble’ bersejarah, namun proses jadi tanda tanya

Jun 12, 2023 | 03:36 PM



Dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara Uefa (UCL) pada Ahad, Manchester City menggondol kejuaraan setelah menewaskan Inter Milan 1-0.

Ini kali pertama dalam 13 tahun pemilik City, Sheikh Mansour, menghadiri perlawanan selepas membeli kelab tersebut pada 2008 dalam apa yang disifatkan sebagai pelaksanaan sebuah “projek” baginya.

Anggaran perbelanjaan City sejak beliau mengambil alih sebagai pemilik adalah sekitar 2 bilion paun ($3.38 bilion) bagi pemindahan pemain. Jumlah ini tidak termasuk gaji pemain.

Sementara itu, antara 115 pertuduhan pelanggaran kewangan Liga Perdana England (EPL) yang dikenakan kepada juara EPL dan juara Piala FA itu, salah satu daripadanya ialah tuduhan bahawa City telah membelanjakan lebih daripada yang diisytiharkan.

Pasukan lain yang didominasi oleh City pula mengemukakan tanda tanya berhubung bagaimana pasukan kendalian Pep Guardiola itu, yang suatu ketika dahulu merupakan pasukan pertengahan liga, dapat menggondol tempat teratas liga.

Namun demikian, kebijaksanaan Pep dalam mengurus dan mengatur strategi City di atas padang tidak dapat disangsikan.

Kejuaraan UCL yang didambakan Pep sejak 2011 akhirnya berjaya dikecapi, kali ini tanpa kehadiran tunggak Argentina, Lionel Messi dari tempoh pengurusannya di Barcelona.

Prestasi memberangsangkan pemain pertahanan John Stones, yang bermain sebagai penggerak barisan pertahanan City, menonjolkan kemampuan Pep dalam mengasah kebolehan pemain.

Perlawanan peringkat akhir UCL itu turut menyaksikan penjaring terbanyak City, Erling Haaland, dibendung oleh pertahanan rapi Inter Milan, lantas Pep mencari jalan penyelesaian lain untuk mengasak kubu lawan.

Jaringan Rodri pada Ahad juga merupakan peringatan kepada Pep terhadap kesilapan yang dilakukan dalam peringkat akhir UCL pada 2021.

Dalam perlawanan tersebut, Pep menggugurkan pemain asal Sepanyol itu dan Fernandinho sebagai percubaan mengelirukan Chelsea. Ia ternyata membawa padah kerana Chelsea menang 1-0.

Pep memandang serius sebarang tamparan yang dilaluinya. Begitu juga perspektif beliau terhadap kejayaan. Ini kerana apa yang dikecapi sejauh ini dibina dan dibangunkan ekoran input dan strateginya.

Dengan kemenangan ‘treble’ musim ini, terdapat kemungkinan beliau mungkin mendekatkan diri ke pintu keluar kerjaya bersama City.

Namun demikian, tiada sebarang petanda perkara itu akan berlaku memandangkan kontraknya dijangka tamat pada 2025.

Pada 2008, di kala City membelanjakan berbilion paun, laluan menuju kejayaan adalah dengan membeli pemain seperti Messi, Cristiano Ronaldo atau pemain-pemain terkemuka dunia secara sekali gus. Ia tidak berlaku disebabkan peraturan kewangan yang menghalang.

Dominasi kelab tersebut lebih bersifat kepada pendekatan metodologi, sehinggakan ketika pemain dan peminat City meraikan lengkapnya ‘projek’ selepas wisel penamat perlawanan akhir UCL pada Ahad di Istanbul. Ramai berasa ia bukan sesuatu yang perlu dirai.

Sementara itu, City tidak dapat bermain dengan sebaiknya semasa menentang Inter, yang begitu tersusun dengan strategi mereka. Apatah lagi mereka juga terpaksa kehilangan pemain tunggak, Kevin de Bruyne, pada separuh masa pertama akibat kecederaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >