Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

City tewas kepada PSG, peluang jadi juara makin pudar

Jan 23, 2025 | 5:19 PM
Reaksi ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola ketika pasukannya tewas 2-4 di perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara UEFA melawan Paris Saint Germain (PSG) di Paris pada 22 Januari.
Reaksi ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola ketika pasukannya tewas 2-4 di perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara UEFA melawan Paris Saint Germain (PSG) di Paris pada 22 Januari. - Foto EPA-EFE

PARIS: Peluang Manchester City untuk mara ke babak selanjutnya dalam Liga Juara-Juara terancam selepas mereka tewas 2-4 kepada Paris St-Germain (PSG) di Stadium Parc des Princes.

Kekalahan City bermakna mereka berisiko tersingkir daripada liga itu apabila mereka berada di tangga ke-25.

City perlu memenangi perlawanan terakhir mereka di padang sendiri menentang Club Brugge pada 29 Januari jika masih ingin mara ke babak selanjutnya.

Dalam permainan yang mendebarkan, Manchester City telah mengubah rentak permainan dan strategi itu kembali memihak kepada mereka apabila pemain gantian Jack Grealish dan Erling Haaland menjaringkan dua gol dalam lapan minit pertama separuh masa kedua.

PSG, bagaimanapun, membuat pemain pertahanan City gelisah sepanjang malam dan membalas serangan serta-merta apabila pemain gantian, Ousmane Dembele dan Bradley Barcola menyamakan kedudukan sebelum sejam.

Pep Guardiola menyaksikan kekalahan pada skala yang besar – sesuatu yang beliau tidak pernah alami dalam masa pengurusannya – apatah lagi daripada pasukannya sendiri.

City, yang tahu kekalahan akan menyebabkan mereka tidak dapat memenangi Liga Juara-Juara, bernasib baik kerana terselamat daripada serangan separuh masa pertama daripada PSG oleh Joao Neves.

Gol pemain PSG, Vitinha juga tidak diambil kira kerana ofsaid.

Pasukan Guardiola perlu bekerja keras untuk mengatasi pasukan yang lebih muda dan bertenaga.

Guardiola cuba mengubah nasib malam itu namun perlawanan pada malam itu menggambarkan skala pembinaan semula strategi yang beliau hadapi pada masa hadapan.

Pengurus itu mengesahkan sebelum perlawanan bahawa gandingan pertahanan muda baru, Abdukodir Khusanov dan Vitor Reis bersedia untuk diturunkan ke aksi Liga Perdana.

Guardiola mengharapkan pertukaran Grealish dan Rico Lewis pada separuh masa untuk Savinho dan Dias yang tidak dapat menunjukkan prestasi hebat akan mencetuskan semangat pasukannya.

Malangnya, Dembele diturunkan pada separuh masa untuk menggantikan Lee Kang-in, yang mengubah haluan permainan dan menunjukkan taringnya.

Barcola juga tampil cemerlang, membantu PSG menyerang City pada separuh masa kedua.

Perlawanan itu membuktikan keputusan strategik PSG untuk beralih daripada era gemilang Kylian Mbappe, Lionel Messi dan Neymar kepada pasukan yang lebih muda dengan kurang pengalaman adalah keputusan yang bijak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg