Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Neymar berhasrat tinggalkan Al-Hilal

Jan 23, 2025 | 12:48 PM
Neymar mungkin berpindah ke kelab Santos, di Brazil di mana beliau mulakan perjalanannya sebagai seorang pemain bintang negara itu.
Neymar mungkin berpindah ke kelab Santos, di Brazil di mana beliau mulakan perjalanannya sebagai seorang pemain bintang negara itu. - Foto AFP

RIYADH: Pemain bintang Brazil, Neymar sedang dalam perbincangan untuk meninggalkan kelabnya di Arab Saudi, Al-Hilal tetapi tuntutan kewangannya melambatkan proses untuk mencapai persetujuan, kata sumber kelab kepada AFP pada 22 Januari.

Bekas penyerang Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG) yang berusia 32 tahun itu mengalami kecederaan di Saudi dan bermain hanya tujuh kali sahaja, walaupun dilaporkan gajinya sekitar US$104 juta ($140 juta) setahun.

Sumber itu, yang bercakap dengan syarat bahawa identitinya tidak boleh dikenali, berkata: “Neymar sedang dalam proses perbincangan untuk meninggalkan Al-Hilal, tetapi tuntutan kewangan yang tinggi kekal sebagai halangan utama.”

Neymar kini masih di bawah kontrak dengan kelab Liga Pro Saudi itu sehingga Jun.

Laporan di Brazil mengatakan Santos, kelab Neymar mencipta namanya, sedang dalam perbincangan untuk bawa beliau kembali ke tanah airnya.

Bagaimanapun, Al Hilal lebih berminat untuk menjual Neymar, sementara pemain itu dikatakan mahukan perjanjian pinjaman.

Neymar, subjek perpindahan terbesar dalam sejarah bola sepak apabila beliau menyertai PSG dari Barcelona pada 2017 dengan pembayaran bernilai 220 juta euro ($311.7 juta), menyertai Al-Hilal pada Ogos 2023.

Beliau mengikuti rakan bola sepaknya, Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema ke liga Saudi itu.

Namun, dua bulan selepas ketibaannya di Riyadh, beliau menghadapi kecederaan ligamen di lutut kirinya ketika bermain untuk Brazil dalam kelayakan Piala Dunia 2026, menyebabkan beliau tidak mampu bermain selama setahun.

Beliau kemudian mengalami beberapa siri kecederaan hamstring dan lutut ketika beliau cuba kembali beraksi untuk Al-Hilal.

Pengurus kelab itu, Jorge Jesus berkata baru-baru ini: “Beliau tidak lagi boleh bermain pada tahap yang sama seperti dulu. Ia telah menjadi sukar baginya.”

Kepulangannya ke Brazil mungkin merupakan peluang terakhir untuk pemain yang mendapat gelaran sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Brazil, dengan 79 gol dalam 127 perlawanan. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg