Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ciuman bawa kepada mogok lapar, bantahan

Ada sokong, tak kurang bantah tindakan ketua bola sepak Sepanyol Luis Rubiales yang dituduh cium penyerang pasukan bola sepak wanita negaranya
Sep 03, 2023 | 11:31 AM



“Saya di sini kerana telah berlaku ketidakadilan terhadap Luis Rubiales,” kata Juan Tamayo kepada The Athletic.


“Ini sudah melampau. Tidak mungkin seseorang itu digelar pendera kerana perkara kecil – mencium – apabila kita semua tahu bahawa dia tidak melakukannya.

“Banyak perkara lebih buruk telah berlaku: seorang wanita meninggal dunia minggu lalu tetapi tiada siapa ambil pusing. Ini pilih kasih!” kata Tamayo, seorang penduduk Motril, kampung halaman presiden persekutuan pasukan bola sepak Sepanyol Luis Rubiales, yang digantung oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) kerana kelakuannya selepas Sepanyol memenangi perlawanan akhir Piala Dunia Wanita.

Rubiales, yang berusia 46 tahun, dirakam mencium penyerang Sepanyol Jenni Hermoso pada biibirnya ketika beliau menerima pingat hasil kemenangan menentang England di Sydney itu.

Beliau dikritik hebat oleh ramai orang di Sepanyol, termasuk Presiden Pedro Sanchez, yang melabelkan tindakannya malam itu sebagai tidak boleh diterima dan menyeru beliau mempertimbangkan kedudukannya.

Pemangku menteri bagi kesaksamaan Irene Montero menyatakan perbuatan mencium yang Rubiales lakukan adalah suatu “penderaan seksual”.

Bagaimanapun, sentimen ini tidak dikongsi oleh ramai orang yang berhimpun di luar dan dalam Gereja Gembala Ilahi Motril pada Isnin.

Cik Angeles Bejar, ibu Rubiales, memasuki gereja itu pada pagi Isnin lalu untuk memulakan mogok lapar. Beberapa penunjuk perasaan memegang sepanduk berbunyi ‘Hentikan memburu Rubiales’ dan ‘Jenni, kenapa anda tidak tegakkan kebenaran?’.

“Saya kenal keluarga mereka dan ini benar-benar sukar bagi mereka,” kata Tamayo, sambil menyatakan ini merupakan kes aniaya.

“Semua orang bercakap, tetapi tanpa sebarang bukti. Jika dia seorang pembunuh, pencuri, dia akan dikecam beberapa bulan yang lalu. Kenapa mereka mengecamnya sekarang?”.

Apabila ditunjukkan bahawa Rubiales telah disiasat dalam pelbagai kes, respons tampak defensif.

“Saya kira ini perbuatan mencari kesalahan. Mengapa Presiden La Liga mencari pasal dengannya selama lima tahun? Sejak minit pertama, dia cuba menyingkir Luis Rubiales daripada jawatan presiden persekutuan. Kenapa banyak kes yang diambil terhadapnya oleh presiden La Liga?

“Dia adalah seorang kanak-kanak dari sini dan kita melihat dia bermain bola sepak di sini semasa dia masih muda. Dia juga bermain di La Liga. Presiden Motrileno persekutuan bola sepak Sepanyol. Itu membuatkan kami bangga,” kata Tamayo lagi.

Turut berkumpul di luar gereja ialah berpuluh-puluh wartawan, dan hanya seorang warga tempatan yang datang untuk memprotes terhadap Rubiales dan perbuatannya itu.

Francisco Torcuato memakai kemeja-T dengan mesej menyeru datuk bandar Motril Luisa Maria Garcia Chamorro supaya membuang pingat emas bandar yang dianugerahkan kepada Rubiales pada Jun 2021.

Torcuato berkata: “Ini bukan Motril sebagai sebuah bandar. Ia bukan seksi, wanita tidak dicium tanpa persetujuan mereka. Kami tidak percaya versi Rubiales (mengenai apa yang berlaku di podium di Sydney), jadi sesuatu perlu dilakukan. Dan kami meminta datuk bandar segera mengambil balik pingat emasnya.”

Menurutnya, ada lebih ramai penduduk tempatan yang, seperti dia, tidak menyokong ketua FA Sepanyol yang digantung, tetapi keluarga itu mempunyai banyak pengaruh. Bapanya, Luis Manuel Rubiales Lopez, adalah datuk bandar dari 1995 hingga 2003.

Semasa drama itu diuar-uar di jalanan di luar Divina Pastora yang cantik di tengah-tengah bandar Andalusia, berita dihebahkan di seluruh Sepanyol yang boleh mempengaruhi masa depan Rubiales.

Pada waktu pagi, Andreu Camps, setiausaha agung Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF), menghantar permohonan kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) supaya menggantung persekutuannya.

Ini bermakna Real Madrid, Barcelona, Atletico Madrid dan Real Sociedad akan terkeluar daripada Liga Juara-Juara 2023-24.

Camps, sekutu lama Rubiales, membuat permintaan itu atas alasan pemerintah Sepanyol telah melanggar peraturan Uefa mengenai campur tangan pemerintah: Majlis Tertinggi Sukan Sepanyol (CSD), sebuah badan pemerintah, meminta Rubiales disiasat oleh Mahkamah Pentadbiran Sukan negara

TAD adalah sebahagian daripada CSD, yang bertindak secara bebas. Empat daripada tujuh ahlinya dipilih oleh presiden CSD, dengan tiga wakil dicadangkan oleh pelbagai badan sukan Sepanyol.

Uefa telah memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan berikutan aduan Camps.

Namun, pada Jumaat Pejabat Pendakwa Mahkamah Negara mengumumkan bahawa ia telah membuka siasatan kes serangan seksual terhadap Rubiales.

Kementerian Sepanyol berbuat demikian selepas menerima enam aduan daripada individu atau persatuan, tetapi terutamanya selepas kenyataan oleh Hermoso yang beliau berasa “terdedah” dan menjadi “mangsa pencerobohan”, yang bermaksud perubahan haluan dalam kes berkenaan.

Itulah sebabnya pejabat pendakwa raya telah menjemput Hermoso untuk membuat aduan rasmi berikutan kenyataannya pada Jumaat mengenai ciuman tanpa kebenaran. Dia mempunyai 15 hari untuk menghubungi jabatan itu.

Petang itu, satu kenyataan dikeluarkan melalui laman web RFEF yang menyebut: “Selepas peristiwa terkini dan tingkah laku yang tidak boleh diterima dan merosakkan imej bola sepak Sepanyol dengan serius, permintaan presiden bahawa Encik Luis Rubiales segera mengemukakan peletakan jawatannya sebagai presiden daripada RFEF.

Ekoran kes melibatkan Rubiales itu, terdapat kebimbangan tentang bidaan Sepanyol untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2030.

Rubiales menegaskan minggu lalu bahawa dia tidak akan meletak jawatan walaupun tekanan bertambah. Dia, yang sudah pun bersaing dengan 81 pemain, berkata mereka akan menolak panggilan untuk menyertai pasukan kebangsaan jika kepimpinan semasa tidak berubah.

Sekarang, mogok lapar atau tiada mogok lapar, institusi bola sepak Sepanyol berasa seolah-olah mereka menentangnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >