Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sepanyol ketepi isu luar padang untuk fokus ke final

Aug 14, 2023 | 04:36 PM



WELLINGTON: Di luar padang, beberapa pasukan Piala Dunia Wanita telah berdepan pelbagai masalah dan dilanda kontroversi.


Namun, semasa beraksi di padang, tidak ramai yang berjaya memberikan persembahan yang begitu mengagumkan dan memiliki bakat luar biasa seperti pasukan Sepanyol.

Sepanyol menumpaskan Belanda 2-1 selepas waktu tambahan di Wellington untuk melangkah ke separuh akhir Piala Dunia Wanita pertama mereka, dengan pemain remaja, Salma Paralluelo menyumbat gol kemenangan pada waktu tambahan.

Kebolehan melatih dan hubungan pengurus Jorge Vilda dengan pemain terbaiknya telah menjadi topik kritikan hangat.

Tetapi, setelah membawa negaranya ke peringkat terbaik Piala Dunia Wanita, beliau melahirkan rasa gembira.

Waktu perlawanan yang bermula awal pagi untuk penonton di Sepanyol bukan lagi isu.

“Pertama sekali, semua perlawanan separuh akhir berlangsung pada 10 pagi – mereka tidak perlu bangun awal,” katanya mengenai peminat.

“Saya tahu kami telah menggembirakan semua penonton. Ia adalah hari yang hebat untuk bola sepak wanita Sepanyol.”

Kedudukan Vilda telah hebat dikritik sejak sekian lama, terutamanya sejak September lalu apabila Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) mendakwa 15 anggota pasukan kebangsaannya berkata mereka akan meletakkan jawatan jika beliau tidak berundur.

Dakwaan itu telah dinafikan oleh pemain tetapi perselisihan berlaku di tengah-tengah laporan terhadap kebimbangan mengenai kaedah latihan dan persediaan perlawanan yang tidak mencukupi.

Tiga daripada pemain itu telah kembali dan berada dalam skuad Piala Dunia – mereka termasuk Mariona Caldentey, yang menjaringkan gol pembukaan perlawanan suku akhir dengan sepakan penalti pada minit ke-81.

Antara yang belum kembali ialah beberapa pemain bintang yang bermain dengan pasukan johan Liga Juara-Juara, Barcelona, ​​termasuk pemain midfield Patri Guijarro, pemain pertahanan Mapi Leon, penyerang Claudia Pina dan penjaga gol Sandra Panos.

Vilda sentiasa mengekalkan sokongan presiden RFEF Luis Rubiales, dan mengucapkan terima kasih dengan menyebut namanya selepas kemenangan suku akhir – sambil tampil membuat rujukan kepada isu skandal dan pemain yang memberontak.

“Persekutuan dan presiden sentiasa menyokong saya dari mula,” kata beliau.

“Semua pekerja dalam bola sepak wanita disokong sepenuhnya.

“Presiden Rubiales telah bersama saya sejak hari pertama, dan sepanjang tahun ini, iaitu tahun yang boleh saya katakan tahun sangat istimewa.

“Buat masa ini, saya amat gembira, saya memikirkan semua urusan yang perlu kami lakukan, dan jelas ini belum berakhir – kami meneruskan perjuangan dengan semangat untuk menggembirakan semua orang. Gembira kerana pasukan berjaya.”

Apa sahaja masalah yang dihadapi Sepanyol di luar padang, mereka tetap mencapai kejayaan yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Ini adalah negara tanpa salasilah Piala Dunia Wanita, yang hanya layak buat kali pertama pada 2015, dan yang tidak pernah memenangi perlawanan kalah mati dalam kejohanan utama sebelum menewaskan Switzerland dalam pusingan 16 pasukan terakhir untuk mengatur pertemuan dengan Belanda.

Bukan sahaja kali pertama mereka mara ke kelompok empat pasukan terakhir Piala Dunia, ia juga kali kedua Sepanyol mara ke separuh akhir selepas penampilan kejohanan besar pertama mereka di Euro 1997, yang menampilkan hanya lapan pasukan.

Mereka telah memenangi empat daripada lima perlawanan dalam Piala Dunia Wanita 2023.

Ini selepas mereka hanya memenangi satu daripada tujuh perlawanan dalam dua penampilan pertama mereka di acara itu – satu kemenangan, dua seri dan empat kekalahan sepanjang 2015 dan 2019.

Namun, seperti pasukan gergasi tradisi termasuk Amerika Syarikat, Canada, Brazil dan Jerman yang telah tersingkir, Sepanyol telah menetapkan diri mereka sebagai kuasa besar dunia bola sepak dunia. – Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >