NEW YORK: Juara bertahan Terbuka Amerika Syarikat, Coco Gauff, dan pilihan ke-12 Taylor Fritz menamatkan pertandingan pada 28 Ogos di Flushing Meadows, dengan memberi harapan kepada tuan rumah apabila beberapa pemain Amerika berjaya melangkah ke pusingan ketiga.
Gauff mengatasi kesilapan awal untuk menewaskan pemain bukan pilihan dari Jerman, Tatjana Maria 6-4, 6-0 di Stadium Arthur Ashe, sekali gus mara untuk pertemuan dengan pemain separuh akhir 2019, Elina Svitolina dari Ukraine.
“Ia adalah perlawanan sukar, beliau bukan seseorang yang kadangkala apabila anda bermain, anda berasa hebat selepas itu,” kata Gauff, 20 tahun.
“Sangat sukar bermain dengannya. Bola, yang dapat anda pukul dengan baik, tetapi kerana beliau membalas dengan pukulan hiris, anda perlu menggunakan sepenuh tenaga.
Sementara itu, Fritz kemudian menutup aksi di Stadium Louis Armstrong dengan meyakinkan 6-3, 7-6 (7-1), 6-1 mengalahkan pemain Italy, Matteo Berrettini.
Frances Tiafoe yang hebat dan bekas finalis Madison Keys turut melakukan yang terbaik untuk menonjolkan prestasi pemain Amerika pada 28 Ogos.
“Saya masuk dengan tumpuan penuh. Saya berasa seperti saya hanya terkunci dalam setiap mata,” kata Fritz, yang bakal menentang pemain Argentina, Francisco Comesana.
“Saya baru bersedia untuk pergi. Matteo adalah pemain yang sangat bagus, pusingan kedua yang sangat sukar.”
Tiafoe, yang mara ke separuh akhir New York pada 2022, menguasai sepenuhnya perlawanan apabila pemain Kazakhstan, Alexander Shevchenko, terpaksa bersara 6-4, 6-1, 1-0.
“Senang dapat menyelesaikannya. Benci untuk memenanginya dengan cara itu tetapi secara keseluruhan, saya fikir saya sebenarnya bermain dengan cukup baik hari ini,” katanya.
Beliau akan menentang rakan senegara berusia 21 tahun, Ben Shelton, yang menggembirakan penonton tuan rumah pada 2023 dengan mara ke separuh akhir, dan tidak mempunyai masalah untuk mengatasi pemain Sepanyol Roberto Bautista Agut 6-3, 6-4, 6-4 di Grandstand.
Shelton yang merupakan pemain tangan kidal membuat lebih 17 ace dan menewaskan Bautista Agut, sekali gus menggembirakan penonton tuan rumah yang riuh-rendah di tengah-tengah cuaca panas.
Shelton menyingkirkan Tiafoe melalui straight set pada suku akhir setahun lalu dan menjanjikan perlawanan hebat apabila kedua-duanya bertemu semula.
Keys, membuat penampilan utama ke-13 di Terbuka Amerika, menewaskan Maya Joint dari Australia 6-4, 6-0. – Agensi berita.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg