NEW YORK: Pemain tenis Poland, Iga Swiatek, memulakan usaha memenangi gelaran kedua Terbuka Amerika Syarikat dengan kemenangan straight set (dua set berturut-turut) selepas menentang pemain Russia, Kamilia Rakhimova, pada 27 Ogos.
Sementara itu, Jannil Sinner dan Carlos Alcaraz mempersiapkan diri untuk memasuki separuh akhir.
Swiatek, pemain nombor satu dunia dan juara 2022, terkial-kial menewaskan Rakhimova – yang berada pada ranking dunia ke-104 – 6-4, 7-6 (8/6) untuk meluaskan rekod kemenangannya kepada 54 kemenangan.
Bagaimanapun, permainan Swiatek masih kurang meyakinkan.
Beliau membuat 41 kesilapan dan terpaksa berjuang meraih mata.
“Saya cuba menyesuaikan diri dengan gelanggang dan cuba memahami keadaannya,” kata juara Terbuka Perancis itu selepas kemenangannya di Stadium Arthur Ashe, di New York.
Sementara itu, juara dua kali Terbuka Amerika, Naomi Osaka, yang menangguhkan penyertaan kejohanan pada 2023 selepas melahirkan anak perempuannya, mengejutkan pilihan ke-10, Jelena Ostapenko.
Bekas pemain nombor satu dunia Osaka kini menduduki tempat ke-88, menang 6-3, 6-2 untuk kemenangan pertamanya ke atas 10 pemain teratas dalam tempoh empat tahun.
Bintang Jepun itu mendapatkan sembilan ace dalam 19 kemenangannya dan melakukan hanya lima kesilapan.
Rakan pemain tenis Osaka yang juga seorang ibu, Caroline Wozniacki – naib juara kepada Serena Williams 10 tahun lalu – hanya memerlukan 53 minit untuk mengalahkan Nao Hibino dari Jepun 6-0, 6-1.
Pemain nombor satu dunia Sinner pula bermain dalam perlawanan pertamanya sejak beliau didapati positif dua kali menggunakan bahan terlarang tetapi telah terlepas daripada larangan bertanding yang lama.
Pemain berusia 23 tahun itu dibebaskan daripada sebarang salah laku selepas diputuskan beliau secara tidak sengaja ‘dicemari’ oleh ahli fisioterapinya, yang telah menggunakan ubat semburan untuk merawat luka di tangannya sendiri.
“Dalam fikiran saya, saya tahu bahawa saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” kata juara Terbuka Australia itu, yang berdepan Mackenzie McDonald di kedudukan ke-140.
Sinner telah mengalami pencapaian bercampur-campur di Terbuka Amerika.
Pada 12 bulan lalu, beliau ditewaskan dalam lima set oleh Alexander Zverev dalam pusingan 16 terakhir, manakala pada 2022, beliau disingkirkan oleh Alcaraz dalam lima set suku akhir yang tamat sebelum 3 pagi.
Pilihan ketiga Alcaraz memenangi kejuaraan pertama daripada empat gelarannya di Grand Slam di New York pada 2022 sebelum menjadi pemain nombor satu dunia yang termuda.
Pemain berusia 21 tahun itu akan membuka sesi pertandingan malam di Stadium Arthur Ashe menentang pemain Li Tu, pemain nombor 186 dunia.
Dalam aksi awal lain pada 27 Ogos 2021, pemain Felix Auger-Aliassime, pilihan ke-19, tewas kepada Jakub Mensik dari Republik Czech.
Pilihan ke-11 dari Greece, Stefanos Tsitsipas, yang tidak pernah mara pada minggu kedua di Terbuka Amerika, dikejutkan 7-6 (7/5), 4-6, 6-3, 7-5 oleh pemain Australia, Thanasi Kokkinakis. – Agensi berita.
“
“Saya cuba menyesuaikan diri dengan gelanggang dan cuba memahami keadaannya.”Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg