Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Coco Gauff berjaya pertahan trofi Auckland Classic

Jan 08, 2024 | 04:37 PM



AUCKLAND: Remaja Amerika, Coco Gauff, berjaya mempertahankan trofinya di perlawanan Auckland Classic selepas bangkit semula daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan Elina Svitolina.


Juara Terbuka Amerika Syarikat itu menang 6-7 (4-7) 6-3 6-3 untuk meraih kemenangan ketujuh beliau dalam lapan kejohanan perseorangan Persatuan Tenis Wanita (WTA) setakat ini.

Gauff, yang berusia 19 tahun, kini telah memenangi 29 daripada 33 perlawanan perseorangan beliau.

Selain itu, Elena Rybakina menjulang trofi Brisbane Antarabangsa dengan kemenangan ke atas Aryna Sabalenka.

Perlawanan itu merupakan ulangan perlawanan peringkat akhir Terbuka Australia, di mana Sabalenka bertarung daripada ketinggalan satu set untuk memenangi trofi pertamanya, tetapi kali ini Rybakina menewaskan Sabalenka 6-0 6-3.

Grigor Dimitrov penuh dengan emosi apabila beliau menang trofi pertamanya sejak 2017 dengan menewaskan Holger Rune 7-6 (7-5) 6-4 di peringkat akhir lelaki.

Sementara itu, dalam peringkat akhir perlawanan kategori pasangan lelaki, Lloyd Glasspool dan rakan sepasukannya, Jean-Julien Rojer, menang perlawanan 7-6 (7-3) 5-7 12-10 semasa menentang pasangan Jerman, Tim Putz dan Kevin Krawietz.

Pemain tenis kedudukan kelima dunia, Andrey Rublev, yang berasal dari Russia, kekal membuat persiapan untuk Terbuka Australia dengan menewaskan Emil Ruusuvuori 6-4 6-4 dengan meraih trofi Terbuka Hong Kong.

Terbuka Australia, yang merupakan Grand Slam pertama pada 2024, akan bermula pada 14 Januari di Melbourne.

Kelayakan untuk kejohanan itu bermula pada 7 Januari, dengan Harriet Dart dan Heather Watson merupakan antara lapan pemain Britain yang berhasrat menyertai Katie Boulter, Jodie Burrage, Emma Raducanu, Cameron Norrie, Dan Evans, Andy Murray dan Jack Draper dalam undian utama.

Namun, Liam Broady tidak akan bertanding selepas pemain berusia 30 tahun itu menarik diri daripada pusingan kelayakan menyusuli imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) menunjukkan dua keretakan kecil di bahagian buku lalinya.

Gauff tidak pernah mara daripada pusingan keempat di Terbuka Australia tetapi prestasinya menjelang acara pembukaan utama pada 2024 menunjukkan beliau bersedia memperbaiki rekod tersebut pada 2024.

Remaja itu memenuhi potensinya dengan memenangi Grand Slam semasa berusia 15 tahun di Wimbledon pada 2019 dan meraih kejayaan pertamanya pada September.

Beliau bermain dengan baik dalam empat perlawanannya di Auckland sebelum peringkat akhir pada 7 Januari, manakala kemenangan sembilan perlawanan berturut-turut di kejohanan tersebut dicapai tanpa kalah satu set pun.

Perlawanan menentang Svitolina, yang berada dalam kedudukan ke-25 dunia, merupakan halangan yang lebih mencabar untuk beliau tetapi Gauff berjaya menewaskannya dengan tenang.

“Ini merupakan kali pertama saya perlu bertarung untuk mempertahankan kejuaraan saya, justeru saya gembira kerana dapat melakukannya,” kata Gauff. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >