Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: SELEPAS SPURS SERI 3-3 lwn SOUTHAMPTON

Conte lepaskan geram... sudah bersedia dipecat?

Mar 26, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Masa untuk Antonio Conte menguruskan Tottenham Hotspur mungkin hampir sampai ke penghujungnya.



Kenyataan yang dibuatnya selepas perlawanan pasukan pimpinannya yang berakhir dengan seri semasa menentang Southampton menunjukkan betapa marahnya dan rasa tidak puas hati beliau di atas keputusan tersebut.



Semasa memberikan penilaian ke atas para pemainnya serta budaya yang diterap dalam kelab itu, Conte memberi amaran bahawa meskipun beliau dipecat pasukan itu tidak akan meraih sebarang kejayaan - selagi tiada perubahan dibuat.



Menurut Conte para pemainnya dianggap "mementingkan diri sendiri" dan beliau turut mengecam pemilik kelab itu semasa memberikan kenyataannya itu.



Memberikan teorinya tentang mengapa pasukan itu tidak dapat meraih keputusan yang diinginkan, Conte berkata:



"Sebabnya mereka sudah biasa bermain di sini (padang sendiri). Mereka sudah terbiasa.



"Mereka enggan bermain untuk sesuatu yang penting. Mereka enggan bermain di bawah tekanan. Memang mudah jika berfikiran begitu.



"Selama 20 tahun pemiliknya di sini, namun pasukan ini belum pernah menangi sebarang piala, mengapa?"



Sejauh ini Tottenham hanya menang Piala Liga pada 2008.



Bagaimana reaksi pengerusi kelab itu, Daniel Levy, mengenai kata-kata Conte itu mungkin akan diketahui tidak lama lagi.



Tapi yang lebih penting adalah bagaimana reaksi sekumpulan pemain terhadap cemuhan pengurus pasukan itu.



Conte mungkin menyalahkan persembahan hambar pasukannya kepada para pemainnya, namun ramai yang juga anggap beliau turut dipersalahkan.



"Masalahnya adalah kami tidak pamerkan permainan sebagai sebuah pasukan.



"Kita bermain dengan 11 pemain. Namun saya lihat pemain yang enggan membantu satu sama lain dan tidak memberikan jiwa raga mereka," ujarnya lagi.



Dua bekas pemain Liga Perdana England (EPL), Micah Richards, dan Chris Suttons, memberikan pandangan berbeza mengenai kenyataan Conte itu.



Richards yang merupakan bekas pemain pertahanan Manchester City, berkata:



"Kadang kala kita perlukan kebenaran. Tottenham mempunyai para pemain berbakat yang mencukupi, maka saya tiada masalah dengan apa yang dikatakannya.



"Mungkin tidak baik untuk moral, tapi ia jujur. Berdasarkan kualiti para pemain, mereka belum bermain dengan baik," ujar Richards.



Bekas penyerang Blackburn, Suttons, pula berkata kata-kata Conte itu menandakan yang beliau tidak peduli siapa yang disakitinya.



"Conte sudah berada di kelab tersebut untuk tempoh yang lama dan kelab tersebut terus mundur.



"Daripada temu ramah yang dibuatnya, ia menandakan yang beliau lepaskan tanggungjawab daripada sebarang kesalahan dan perkara yang membabitkannya," jelasnya.



Menurutnya sikap Conte itu menunjukkan beliau seperti hendak menarik diri.



"Itu kepimpinan yang teruk. Para pemain mungkin terfikir bahawa pengurus mereka tidak akan menyebelahi mereka," kata laporan itu.



Dalam temuramah itu, Conte mungkin memberikan kenyataan yang benar namun ia juga menjadi tanggungjawabnya untuk tangani situasi itu.



Tidak cukup untuk nyatakan yang beliau tiada kuasa dan tidak dapat mengawal keadaan itu dan menangani para pemainnya.



Dalam hal ini, para pemain mempunyai dua cara untuk menghadapi masalah itu.



Para pemain Spurs boleh mengambil dua pendekatan:



Satu dengan membuktikan bahawa Conte tersilap atau menentang seorang pengurus yang seolah-olah telah mengaibkan para pemain. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >