Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Conte puji prestasi pemain

Pengurus asal Italy gembira lihat kemajuan pasukan; Spurs kekalkan saingan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan
Apr 05, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte, memuji kemajuan pasukannya sejak kebelakangan ini dan berkata usaha gigih mereka dalam beberapa bulan lalu telah membuahkan hasil.



Ini selepas Spurs mengorak langkah dalam kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana England (EPL) dengan kemenangan besar 5-1 ke atas Newcastle United di padang sendiri kelmarin.



Spurs bangkit menunjukkan taring selepas waktu rehat apabila gol-gol jaringan Ben Davis, Matt Doherty, Son Heung-min, Emerson Royal dan Steven Bergwijn menjamin mereka kemenangan setelah Newcastle mendahului kedudukan pada babak pertama menerusi jaringan Fabian Schar.



"Saya suka bersikap jujur dan jelas dalam setiap detik bersama pemain saya. Saya tiba pada November lalu dan ia sukar untuk menetapkan sasaran untuk musim ini. Saya menghadapi pelbagai cabaran," kata Conte.



"Namun, usaha yang kami lakukan membuahkan hasil. Ia penting bagi saya kerana saya lihat komitmen pemain setiap hari. Keputusan yang baik adalah penting untuk membina kepercayaan dalam kerja yang kami lakukan."



Conte menggantikan Nuno Espirito Santo pada November lalu, dengan Tottenham menduduki tangga kesembilan liga dan ketinggalan lima mata dari pasukan di tangga keempat liga.



"Sekarang saya memiliki usaha selama lima atau enam bulan, untuk melaksanakan dan membawa idea bola sepak dan mentaliti saya… saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemain.



"Daripada hari pertama, mereka telah menunjukkan komitmen dan keinginan untuk memperbaiki diri," tambah beliau selepas kemenangan liga ketiga berturut-turut bagi Spurs.



"Liga ini adalah sangat sukar untuk cuba berada dalam perlumbaan untuk Liga Juara-Juara. Kami mahu kekal dalam kedudukan ini sehingga di akhir musim. Kami perlu terus bermain gaya permainan ini dengan intensiti, kesungguhan.



"Saya gembira sebelum tempoh rehat antarabangsa. Saya kata sayangnya kita terpaksa berhenti... saya minta pemain saya hari ini untuk bermula dengan cara yang sama seperti sebelum mereka meninggalkan kelab untuk bermain untuk pasukan negara masing-masing."



Spurs kini terikat bersama jiran London utama mereka, Arsenal, pada 54 mata. Tetapi The Gunners berpeluang merampas kedudukan tempat keempat itu apabila mereka mengunjungi Crystal Palace awal pagi ini.



Newcastle menduduki tangga ke-15 dengan 31 mata, sembilan mata selamat daripada zon penyingkiran.



Tottenham seterusnya akan bertandang ke padang pasukan di tangga ke-10, Aston Villa, Sabtu ini. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >