Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Copa America 2024 akan berlangsung serata 14 bandar AS

Dec 5, 2023 | 11:16 AM
JUARA LALU: Pasukan Argentina merupakan juara Copa America 2021 selepas menewaskan Brazil dalam final.
JUARA LALU: Pasukan Argentina merupakan juara Copa America 2021 selepas menewaskan Brazil dalam final. - Foto REUTERS

FLORIDA: Piala Copa America 2024 akan berlangsung di serata 14 bandar Amerika Syarikat, dengan peringkat akhirnya bakal diadakan di Stadium Hard Rock di Miami Gardens, Florida, menurut Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (Conmebol) pada 4 Disember.

Peringkat separuh akhir pertama akan berlangsung di Stadium MetLife di East Rutherford, New Jersey, sementara satu lagi pertandingan diadakan di Stadium Bank of America di Charlotte, North Carolina.

Peringkat suku akhir akan diadakan di Arlington, Houston, Las Vegas dan Glendale.

Pertandingan yang akan berlangsung antara 20 Jun dengan 14 Julai itu akan memaparkan 32 perlawanan dan 16 pasukan yang akan turut serta – dengan 10 dari Conmebol dan enam dari Persekutuan Bola Sepak Amerika Utara dan Tengah serta Caribbean (Concacaf).

Sebelum ini Conmebol telah mengumumkan bahawa perlawanan pembukaan pertandingan itu akan diadakan di Stadium Mercedes-Benz di Atlanta, Georgia.

Bandar lain termasuk Las Vegas, Orlando, Santa Clara, Inglewood, Kansas City, Missouri dan Kansas City, Kansas.

Undian bagi Copa America 2024 akan diadakan pada 7 Disember.

Argentina menewaskan pasukan tuan rumah, Brazil, pada Copa America 2021 bagi kejuaraan utama mereka dalam 28 tahun. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg