Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Costa kembali, mantapkan kedudukan Chelsea

Jan 23, 2017 | 09:45 AM



LONDON - Diego Costa kembali bermain dan menjaringkan gol pembukaan Chelsea dalam kemenangan 2-0 ke atas Hull pada Ahad (22 Jan).



Pasukan itu kini mendahului Liga Perdana Inggeris dengan lapan mata selepas Arsenal menaiki ke tangga kedua menerusi tendangan penalti.



Costa, pemain Sepanyol kelahiran Brazil, kini telah 15 gol bagi Chelsea, setelah terlepas dalam perlawan yang memperlihatkan Celsea menang 3-0 ke atas Leicester City minggu lalu.



Tetapi Costa, penjaring terbanyak Chelsea musim ini, dilaporkan mempunyai masalah dengan jurulatih kecergasan Julio Tous, di tengah-tengah spekulasi beliau menjadi subjek tawaran mega daripada kelab China Tianjin Quanjian.



Sebelum itu di , Arsenal dengan 10 pemain menewaskan Burnley 2-1 di Stadium Emirates dengan kedua-dua pihak menjaringkan penalti pada masa kecederaan.



Gol pertama Arsenal dijaringkan Shkodran Mustafi meletakkan pasukan tuan rumah mendahului 1-0 pada minit ke-59.



Arsenal terpaksa bermain 25 minit terakhir dengan 10 pemain selepas pemain tengah Granit Xhaka dilayangkan kad merah kerana mengasari Steven Defour.



Kemenangan itu menyaksikan Arsenal melonjak di tangga kedua mengatasi Liverpool yang tewas 3-2 kepada Swansea pada Sabtu, dan Tottenham Hotspur, seri 2-2 dengan Manchester City.



Leicester mengalami kekalahan ke-11 musim ini dan kini berada hanya lima mata di atas zon penyingkiran. Pengurusnya, Claudio Ranieri, menyalahkan dirinya dengan kekalahan terbaru dan berjanji akan kembali menggunakan formasi yang terbukti berjaya dan menghasilkan kejuaraan mengejut musim lalu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >