Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dana amal SGX Cares cecah $1.3j, acara futsal amal tarik lebih 300 pemain

Sep 29, 2025 | 4:32 PM
futsal, SGX Cares
Cabang tanggungjawab sosial korporat SGX, SGX Cares, berjaya menjalankan edisi ke-10 acara futsal amal mereka di gelanggang futsal Kick Off! di Kovan pada 27 September. Acara tersebut telah membantu SGX mengumpul $1.3 juta untuk penerima manfaat mereka. - Foto SGX

Lebih 300 pemain, termasuk Anggota Parlimen (AP) dan legenda bola sepak, telah menjayakan acara futsal amal platform kebajikan Bursa Singapura (SGX), SGX Cares, di gelanggang futsal Kick Off! di Kovan yang membantu meningkatkan jumlah dana yang telah dikumpul SGX mencecah $1.3 juta bagi 2025 setakat ini.

Tetamu kehormat acara tersebut, Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, memuji SGX kerana mengumpulkan masyarakat untuk tujuan bermakna.

“Acara futsal amal hari ini menunjukkan bagaimana usaha kolektif penaja korporat dan rakan kongsi boleh mendatangkan impak yang berkekalan untuk penerima manfaat kami, meningkatkan kehidupan dan mengukuhkan masyarakat kita,” kata Encik Baey.

Dana yang dikumpul itu akan digunakan untuk menyokong lima tujuan sosial utama dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Tujuan sosial tersebut termasuk menyokong pendidikan inklusif untuk kanak-kanak berkeperluan khas, meningkatkan kesejahteraan warga emas, memupuk keluarga yang kuat, mengintegrasikan orang dewasa kurang upaya ke dalam masyarakat, dan meningkatkan keupayaan agensi perkhidmatan sosial.

Kegiatan amal SGX Cares akan menutup tirai pada 7 November di Bendungan Marina selepas acara larian amal mereka, Bull Charge Charity Run.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg