Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dani Alves bakal dibicara atas tuduhan serangan seks

Nov 15, 2023 | 01:51 PM



BARCELONA: Bekas pemain pertahanan Brazil dan Barcelona, Dani Alves, akan dibicarakan di Sepanyol atas dakwaan serangan seksual.


Alves, 40 tahun, dipenjarakan tanpa ikat jamin sejak 20 Januari lalu selepas ditahan atas dakwaan menyerang seorang wanita di sebuah kelab malam di Barcelona pada Disember 2022.

Dia menafikan dakwaan itu dan mengatakan ia adalah hubungan seks dengan persetujuan.

Mahkamah Barcelona kini memutuskan ada cukup bukti untuk Alves dibicarakan berikutan permintaan oleh pendakwa raya dan peguam wanita itu.

“Kenyataan mangsa yang didakwa dan kenyataan saksi serta laporan pakar yang terdapat dalam kes ini mesti dianggap sebagai cukup bukti untuk tujuan ini, tanpa menjejas keputusan akhir fasa pleno,” kata mahkamah dalam satu kenyataan.

Tarikh perbicaraan belum ditetapkan.

Alves secara rasmi didakwa oleh hakim Sepanyol pada Ogos 2023.

Di Sepanyol, tuduhan rogol disiasat di bawah dakwaan umum serangan seksual dan sabitan boleh membawa kepada hukuman penjara empat hingga 15 tahun.

Alves bermain 408 kali untuk Barcelona, memenangi enam kejuaraan liga dan tiga Liga Juara-Juara dalam dua musim, dan merupakan anggota pasukan Piala Dunia 2022 Brazil.

Kelab terbaru Alves, pasukan Mexico Pumas UNAM, menamatkan kontraknya serta-merta pada Januari 2023. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >