Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Neymar dalam kedaan “sangat baik” selepas jalani pembedahan lutut

Nov 14, 2023 | 4:12 PM
CEDERA LUTUT: Neymar, yang mengalami kecederaan ligamen dan meniskus di lutut kirinya, kini berada dalam keadaan “sangat baik” selepas menjalani pembedahan.
CEDERA LUTUT: Neymar, yang mengalami kecederaan ligamen dan meniskus di lutut kirinya, kini berada dalam keadaan “sangat baik” selepas menjalani pembedahan. - Foto AFP

SAO PAULO: Neymar berada dalam keadaan “sangat baik” selepas menjalani pembedahan lutut tetapi doktor tidak tahu bila penyerang Al-Hilal itu akan kembali beraksi.

Pemain berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) dan meniskus di lutut kirinya semasa perlawanan di mana Brazil ditewas 2-0 oleh Uruguay dalam kelayakan Piala Dunia 2026 di Montevideo bulan lalu.

Pemulihan daripada ACL boleh memakan masa selama lapan hingga 10 bulan.

Doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar, berkata Neymar komited sepenuhnya untuk memulihkan kecergasan sepenuhnya.

“Beliau (Neymar) telah menunjukkan, dari saat pertama, bahawa beliau mematuhi apa yang kami sarankan,” kata Lasmar pada sidang akhbar di Sao Paulo pada Isnin.

Neymar, yang memintas Pele sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang masa Brazil pada September, cedera di lututnya apabila bertembung dengan pemain tengah Uruguay, Nicolas de la Cruz, pada masa kecederaan sebelum separuh masa pertama berakhir.

Bintang bola sepak itu diusung keluar padang sambil menangis dan kemudian meninggalkan stadium dengan topang ketiak dan memakai pendakap kaki selepas perlawanan.

Ini merupakan kecederaan terbaru dalam rentetan kecederaan bintang itu, yang telah jalani pembedahan pada Mac kerana masalah buku lali dan tidak dapat bermain selama enam bulan.

Mengulas tentang kecederaannya, Neymar menulis di satu pos Instagram: “Ini adalah saat yang sangat menyedihkan… saya tahu saya kuat tetapi kali ini saya memerlukan keluarga dan rakan-rakan saya.

“Bukan senang melalui kecederaan dan pembedahan, bayangkan melalui semua itu semula selepas empat bulan pemulihan.”

Beliau berpindah ke kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal, pada musim panas dari Paris St-Germain dengan bayaran 90 juta euro ($131 juta) tetapi hanya bermain lima perlawanan kerana kecederaan otot. — Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg