Premium
Darah muda bakal penentu perlawanan Belanda, Turkey
Belanda mahu hidupkan semula semangat 1988; Turkey percaya kali ini tahun mereka
Jul 5, 2024 | 12:31 PM
Walaupun mengharungi permulaan yang kurang meyakinkan di Jerman setakat ini, pasukan Belanda tetap menempa tempat ke suku akhir Euro 2024 dan kini mula berani bermimpi dan mahu menjadi juara.
Malah, skuad pimpinan, Ronald Koeman, dilihat sesetengah pihak sebagai antara potensi juara kejohanan kali ini, sedangkan mereka hanya muncul daripada Kumpulan D, di tempat ketiga, berbekal satu kemenangan ke atas Poland, seri dengan Perancis dan kekalahan 3-2 kepada Austria.
Laporan berkaitan
Foden sedih Southgate hadapi tekananJul 4, 2024 | 2:48 PM
Kualiti, sikap positif Sepanyol mampu bendung JermanJul 4, 2024 | 3:40 PM

