Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dari Sukan SEA ke Sukan Asia dan Olimpik... masa depan e-sukan tampak cerah

Jun 27, 2023 | 05:30 AM



‘Enter the Arena’ atau Masuk ke Gelanggang.

Itulah ungkapan yang terpampar di papan tanda besar sekitar Pusat Pameran dan Persidangan Suntec Singapura, ketika mengalu-alukan kedatangan ribuan pengunjung ke Minggu E-Sukan Olimpik minggu lalu.

Perkataan itu – sekurang-kurangnya untuk saya – sekali gus membuat minda para hadirin tertanya-tanya apa sebenarnya acara itu, yang pertama kalinya dianjurkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Awalnya, saya ragu-ragu – mungkin juga sebab saya seorang bekas pemain ragbi dan lebih terbiasa membuat liputan sukan fizikal – tetapi apabila menjejakkan kaki ke dalam Dewan 401 hingga 406, di mana acara itu diadakan, setiap sudutnya menarik perhatian dan mengagumkan saya.

Skrin besar, lampu strob yang berwarna-warni dan muzik kuat menghidupkan suasana dewan, dengan pilihan gerai-gerai disediakan untuk memberi pengunjung peluang mencuba pelbagai sukan maya seperti tenis meja, mendayung, taekwondo, berbasikal, golf dan berlumba kereta.

Ada juga yang dilihat sedang seronok berjoget mengikut rentak dalam permainan video tarian, Just Dance, manakala ada pula yang menumbuk lawan menggunakan set kepala realiti maya (VR).


Dua pentas besar turut disediakan untuk pusingan akhir 10 sukan maya yang dipertandingkan – termasuk besbol, catur, kapal layar dan sukan permotoran – di Minggu E-Sukan Olimpik.

Setiap acara penuh dibanjiri penonton, sama ada peminat e-sukan ataupun yang sahaja ingin ambil tahu.

Sepanjang empat hari, acara Olimpik itu telah menarik kunjungan 20,000 orang.

Bilangan itu menunjukkan perkembangan pesat e-sukan dalam temasya sukan utama, sejak IOC mengiktirafnya sebagai ‘kegiatan sukan’ pada 2017.

Ia pertama kali ditampilkan sebagai sukan pertunjukan dalam Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.

Setahun kemudian, ia diperkenalkan sebagai acara pingat di Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina dan sejak itu, menjadi ‘sukan’ tetap dalam temasya sukan dwitahunan itu.

Pada September, e-sukan akan dipertandingkan buat julung kalinya dalam Sukan Asia Hangzhou.

Dengan kejayaannya di atas pentas berprestij Olimpik di Singapura minggu lalu, masa depan e-sukan kelihatan cerah.

Ini walaupun takrif sebenar e-sukan hangat dipersoalkan beberapa komuniti pemain menjelang temasya sukan elektronik ini.

Acara itu dikritik sebahagian pihak kerana tidak menyertakan permainan video ‘tradisi’ seperti Valorant, Dota 2, PUBG Mobile dan Fifa Online. Permainan itu pernah dipertandingkan di Sukan SEA dan akan dipertandingkan di Sukan Asia.

Sebaliknya, permainan video Tic Tac Bow (memanah), Zwift (berbasikal), Gran Turismo (lumba motor) dan Fortnite (menembak) ditampilkan.

Pada awal 2023, dalam menjawab pertanyaan media, IOC berkata matlamat utama agenda Olimpik adalah untuk membangunkan sukan maya.

Ia juga berkata adalah penting bahawa permainan yang ditampilkan selari dengan nilai Sukan Olimpik seperti keterangkuman penyertaan dan “mengelakkan sebarang keganasan peribadi”.

Meskipun terdapat kekecewaan oleh segelintir komuniti e-sukan, ia juga penting untuk menyedari bahawa Minggu E-Sukan Olimpik pada minggu lalu hanyalah edisi pertamanya.

Dengan menjelang Sukan Asia, penampilan sulung e-sukan di temasya sukan itu berharap dapat menjadi rujukan baik dan membuka laluan yang lebih luas bagi pelbagai permainan video lain ditampilkan dalam Minggu E-Sukan Olimpik akan datang.

Naib presiden IOC Ng Ser Miang dari Singapura, semasa majlis penutup Minggu E-Sukan Olimpik pada Ahad, berkata:

“Sepanjang tiga hari ini merupakan detik bersejarah, sambutan bagi yang terbaik dalam sukan maya dan e-sukan. Kami telah membina jambatan antara kededua dunia sukan fizikal dan maya.

“Kami telah melihat komuniti sukan dan e-sukan bertemu dan berkongsi idea. Bersama-sama, kami telah membincangkan peluang dan idea.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >