Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Wakil S’pura Aleef Rafik damba juarai acara e-lumba kereta

Jun 23, 2023 | 05:43 PM



Pada Ahad, pelumba kereta sukan elektonik (e-sukan) Singapura, Ar Muhammad Aleef Mohamed Rafik, hanya ada satu matlamat – menjadi juara Siri e-Sukan Olimpik di depan penyokong sendiri.

Dan beliau berharap kemenangannya di pentas berprestij itu dapat menambah pengetahuan awam mengenai e-sukan.

Aleef, 24 tahun, bakal bertanding dalam pusingan akhir permainan video lumba kereta Gran Turismo.

Ia antara acara dalam Siri e-Sukan Olimpik sulung itu, yang berlangsung dari Khamis hingga Ahad di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura.

Temasya itu disertai 100 peserta, termasuk 17 wakil Singapura. Mereka bersaing dalam 10 e-sukan, iaitu perlawanan sukan di alam maya.

“Sejujurnya, saya memburu kemenangan. Jika bertanding tanpa berfikir untuk menang, saya rasa ia tidak adil pada diri saya dan mereka yang percaya pada kebolehan saya selama ini,” kata Aleef kepada Berita Harian (BH) mengenai matlamatnya.


Beliau dijadual beraksi pada Ahad.

“Mentaliti ini akan mendorong saya menyerang dalam perlumbaan dan membawa kemenangan untuk Singapura,” tambah Aleef, juara Asia-Pasifik tujuh kali dan finalis kejohanan dunia empat kali.

Meskipun yakin, Aleef berkongsi bahawa Gran Turismo bukanlah permainan perlumbaan yang lazim dimainkan.

“Ia masih permainan niche atau yang disukai segelintir orang sahaja di sini,” katanya, yang lebih bergiat dalam permainan Assetto Corsa, iRacing, Raceroom and rFactor 2 secara kompetitif.


Sebagai persiapan, Aleef sanggup pergi ke Kuala Lumpur beberapa minggu lalu untuk mendapatkan latihan peribadi daripada pemain profesional Gran Turismo di sana, di samping berlatih hampir lapan jam setiap hari.

“Saya jarang bersaing dalam permainan Gran Turismo. Jadi, ketika di Kuala Lumpur, saya banyak belajar dan mendapatkan panduan cara menentang pesaing profesional,” tambah Aleef.

Beliau mula bergiat dalam e-perlumbaan pada usia sembilan tahun dan semasa berusia 20 tahun, Aleef memutuskan berlumba secara profesional.

Antara pencapaian terbesarnya ialah tempat keempat dalam Pusingan Akhir Dunia Logitech G Challenge 2019.

Aleef juga menjadi pelopor e-lumba di Singapura.

Pada 2022, beliau salah seorang daripada dua penerima dwibiasiswa oleh Pasukan Perlumbaan Rahal Letterman Lanigan (RLL) – pasukan perlumbaan kereta yang menyertai Kejohanan WeatherTech SportsCar dan Siri IndyCar – dan Universiti Ball State (BSU).

Lulusan mekatronik Politeknik Temasek itu kini mengikuti program analisis perniagaan di BSU, di Muncie, Indiana, di Amerika Syarikat.

Menurutnya, yang sedang bercuti, e-sukan di universiti itu mendapat tarikan ramai. Terdapat sebuah pusat e-sukan yang besar di dalam kampus, dengan 400 pelajar mengikuti programnya.

“Di Singapura, e-sukan masih baru. Perkembangan setiap negara berbeza, ada lebih pesat berkembang berbanding yang lain. Tapi, saya tidak menafikan bahawa Singapura akan dapat sama maju akhirnya,” tambah beliau. ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >