Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Daya tahan City hebat, corak permainan Tottenham meningkat, United punya wira

Sep 25, 2023 | 5:42 PM
TOKOH JUARA: Erling Haaland (jersi nombor 9) raikan jaringannya bersama pasukannya. Pasukan bimbingan Pep Guardiola pamer daya tahan untuk menang perlawanan walaupun kurang satu pemain selepas pemain tengah, Rodri, dilayangkan kad merah.
TOKOH JUARA: Erling Haaland (jersi nombor 9) raikan jaringannya bersama pasukannya. Pasukan bimbingan Pep Guardiola pamer daya tahan untuk menang perlawanan walaupun kurang satu pemain selepas pemain tengah, Rodri, dilayangkan kad merah. - Foto EPA-EFE

LONDON: Kad merah yang dilayangkan kepada pemain tengah Manchester City, Rodri, menjadikan perlawanan mereka menentang Nottingham Forest menjadi lebih sengit semasa separuh masa kedua ,tetapi skuad bimbingan Pep Guardiola mempamerkan watak cemerlang untuk bertahan dan mendapatkan kemenangan 2-0.

Forest tidak mempunyai jangkaan daripada perlawanan tersebut dan cepat ketinggalan 2-0 semasa separuh masa pertama, tetapi kad merah Rodri dilihat menghidupkan lagi perlawanan.

Buat pertama kalinya, City yang biasanya menguasai bola dipaksa bertahan selepas insiden kad merah itu.

Prestasi skuad Guardiola memberi isyarat kepada seluruh liga bahawa kehilangan pemain utama mereka tidak menghalang keupayaan untuk pertahankan kejuaraan mereka.

Sementara itu, pengurus baru Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou menghadapi ujian genting ketika pasukannya bertandang ke Stadium Emirates bertemu Arsenal pada Ahad malam.

Dalam perlawanan tersebut Tottenham Hotspur seri 2-2 dengan Arsenal dan Spurs hampir mendapatkan kemenangan pertama dalam perlawanan antara kededua pasukan itu sejak 2010.

Ini merupakan ganjaran hasil corak permainan bola sepak yang berani dan progresif yang diterapkan Postecoglou berbanding taktik pasif yang diamalkan bekas jurulatih Tottenham, Jose Mourinho dan Antonio Conte.

Penyokong Arsenal mengejek penyokong Tottenham tentang penjualan penjaring rekod mereka, Harry Kane kepada Bayern Munich.

Namun, hakikatnya penyesuaian Tottenham begitu pantas, sehinggakan kehilangan Kane tidak begitu dirasa.

Walaupun masih awal, keyakinan sekali lagi dirasakan dalam pasukan Tottenham.

Sementara itu, ramai peminat bingung apabila pemain pertahanan veteran Jonny Evans menyertai semula Manchester United setelah dilepaskan Leicester City.

Walaupun beliau dianggap hanya akan digunakan sewaktu amat diperlukan, namun pada 24 September, apabila diberi kepercayaan dalam kesebelasan utama, pemain antarabangsa Ireland Utara itu menjadi sebab United bangkit daripada kekalahan tiga perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Beliau hampir jaringkan gol, bertahan dengan tenang dan hantaran hebatnya membolehkan Bruno Fernandes untuk melakukan voli kemenangan pasukan itu ke atas Burnley (1-0).

Dengan kecederaan dialami Lisandro Martinez, Aaron Wan-Bissaka, Luke Shaw, Tyrell Malacia dan Amad Diallo, pengurus Erik ten Hag mungkin rasa lega kerana Evans sudah bersiap sedia untuk perlawanan minggu hadapan – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg