Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Derita United berterusan, kalah 3-4 kepada Bayern

Kane sumbang satu gol melalui penalti
Sep 21, 2023 | 02:17 PM



MUNICH: Harry Kane menjaringkan gol daripada sepakan penaltinya apabila Bayern Munich meneruskan sengsara Manchester United dengan kemenangan 4-3 di tempat sendiri dalam Liga Juara-Juara pada Rabu.


United bertandang ke Jerman selepas prestasi buruk dan di tengah-tengah masalah luar padang untuk berdepan pasukan Bayern yang kini telah memenangi 20 perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara.

Ia kekalahan keempat dalam enam perlawanan dalam semua kejuaraan bagi Manchester United, yang terkial-kial untuk bangkit daripada kekalahan memalukan 3-1 di tempat sendiri kepada Brighton dalam Liga Perdana hujung minggu lalu.

Bayern mengawal permainan selepas penjaga gol Manchester United, Andre Onana, membiarkan rembatan lemah Leroy Sane masuk pada minit ke-28 sebelum Serge Gnabry menyumbat gol kedua.

Rasmus Hojlund membalas dengan satu gol bagi Manchester United sebelum Kane menambah gol Bayern daripada tendangan penaltinya pada awal babak kedua.

Usaha lewat Casemiro memberi harapan kepada Manchester United untuk bangkit, tetapi pemain gantian Bayern, Mathys Tel, meledakkan gol keempat buat tuan rumah pada masa tambahan.

Pemain Brazil Casemiro menyumbatkan satu lagi gol sagu hati untuk Manchester United daripada serangan terakhir perlawanan itu.

“Kami kehilangan sedikit tumpuan dalam lima minit terakhir,” kata Kane, yang kini telah menjaringkan lima gol dalam lima perlawanan yang dimulakannya sejak menyertai Bayern daripada Tottenham.

“Syukur kami dapat kekal berada di depan. Menjaringkan gol memang hebat. Sentiasa ada ruang untuk melakukan yang lebih baik.

“Permainan kami begitu bersemangat malam ini. Kami telah memulakan musim ini dengan baik dan kami boleh terus meningkat untuk menuju ke arah itu,” ujar Kane dengan penuh yakin.

Bayern, juara Eropah enam kali, mendahului Kumpulan A selepas Galatasaray dan FC Copenhagen seri 2-2 pada Rabu di Istanbul, Turkey.

Manchester United seterusnya akan berkunjung ke Burnley pada hujung minggu ini, sebelum perlawanan Liga Juara-Juara kedua mereka di padang sendiri menentang Galatasaray pada Oktober.

“Selepas kesilapan saya, kami hilang kawalan permainan. Ia adalah situasi yang sukar untuk kami, untuk saya,” akui Onana.

“Kami kalah kerana kesilapan itu. Saya perlu belajar daripadanya dan menjadi lebih kuat,” tambahnya

Sebelum perlawanan itu pengurus Manchester United, Erik ten Hag berkata cabaran yang mereka hadapi akan mengajar pasukannya untuk “memberi tumpuan”.

Pada awalnya mereka menguasai permainan dan memaksa Bayern bertahan. Namun, Bayern menyumbatkan gol pertama, hasil gerakan bijak Kane dan Sane – serta kesilapan Onana. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >