Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

De Bruyne menyerlah ketika City tewaskan Copenhagen

Feb 14, 2024 | 03:05 PM



COPENHAGEN: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, sangat berpuas hati dengan persembahan pasukannya selepas kemenangan 3-1 ke atas FC Copenhagen dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir pada 14 Februari.


Kevin De Bruyne sekali lagi menyerlah untuk juara England itu.

De Bruyne menjaringkan gol pertama perlawanan dan terlibat dalam dua gol City dalam perlawanan itu.

“Pemain terbaik akan menghasilkan persembahan yang terbaik semasa perlawanan utama, ini merupakan masa penting dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah,” kata Guardiola kepada pihak media.

“Cara kami bermain hari ini sempurna. Kami (bermain dengan) sabar pada saat yang betul kerana pasukan mereka sangat teratur.

“Saya amat berbangga dengan pasukan saya. Namun ia belum selesai, jaringan ketiga telah membantu kami dan saya harap kami boleh lengkapkan kemenangan di stadium sendiri,” tambah beliau.

Bagi kebanyakan separuh masa kedua, City kelihatan hanya akan mendahului Copenhagen dengan hanya satu gol, tetapi jaringan Phil Foden pada masa tambahan menjadikan keputusannya 3-1, memberikan City kelebihan dua gol selesa.

“Amat penting agar kami tidak kalah dalam perlawanan ini,” kata Guardiola.

“Kami terlepas satu gol, perkara ini dapat dielakkan tetapi perkara ini kadangkala berlaku... secara keseluruhan gawang kami sukar dibolosi,” tambahnya.

Pengurus City itu juga berkata beliau rasa simpati terhadap pemain sayapnya, Jack Grealish, yang terpaksa diganti pada separuh masa pertama akibat kecederaan.

“Ini merupakan kerugian kerana dalam perlawanan seperti ini, kita perlukan pemain yang boleh mengatur rentak dan kawalan. Bernardo (Silva) dan Jack banyak membantu dalam serangan kita,” ujar Guardiola.

Dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir yang lain, Real Madrid menewaskan RB Leipzig 1-0 hasil gerakan dan jaringan hebat Brahim Diaz.

Pemain berusia 24 tahun itu, menggantikan tempat Jude Bellingham yang cedera, melepasi tiga pemain lawan sebelum menjaringkan gol pada minit ke-48.

Penjaga gawang Real, Andriy Lunin, pula terpaksa menyelamatkan gawangnya beberapa kali untuk mempertahankan gol pendahuluan mereka semasa Liepzig terus berusaha mendapatkan gol penyamaan.

Namun, peluang terbaik jatuh kepada pemain Real, Vinicius Jr pada minit ke-72 tetapi beliau tidak memanfaatkan peluang tersebut.

Liepzig menjaringkan gol pada minit ketiga melalui penyerang mereka, Benjamin Sesko, namun dibatalkan selepas semakan video penolong pengadil (VAR) akibat ofsaid.

Pengurus Liepzig, Marco Rose, mempertikaikan pembatalan gol itu.

“Terdapat satu gol yang tidak patut dibatalkan,” kata Rose.

“Jika kita bermain dengan satu gol di depan, mungkin keputusan perlawanan akan berbeza.”

Rose juga berkata pasukannya masih mempunyai peluang untuk mara ke peringkat suku akhir, dan menyatakan bahawa “mereka ingin buktikan di Madrid”.

“Kami ingin bermain secara terbaik di Madrid dan menyukarkan Real Madrid,” kata beliau.

Beberapa pemain Real Madrid terlepas perlawanan itu akibat kecederaan, seperti Bellingham dan penjaga jawang Thibaut Courtois.

Perlawanan kedua akan berlangsung pada 6 Mac. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >