Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Real juara lepas benam Barcelona

Jan 15, 2024 | 03:52 PM



RIYADH: Jaringan hatrik Vinicius Jr pada separuh masa pertama membantu Real Madrid menumpaskan musuh ketatnya, Barcelona, 4-1, sekali gus dinobatkan juara Piala Super Sepanyol dalam perlawanan yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi, pada 14 Januari.


Real menguasai setiap aspek permainan dan memperkotak-katikkan juara bertahan Barca, yang tidak mampu membendung Vinicius.

Lebih mengesankan, Barca terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Ronald Araujo dilayangkan kad merah pada minit ke-71 kerana mengasari Vinicius Jr dua kali.

“Saya tidak menjangka kami akan jaringkan tiga gol secepat ini, tetapi kami mengambil kesempatan ke atas benteng tinggi mereka, dan ditambah pula dengan permainan bersemangat Vinicius pada malam ini,” kata pengurus Real, Carlo Ancelotti kepada Movistar Plus.

Ulasan Ancelotti itu boleh disifatkan sebagai lembut memandangkan Barca mungkin mengalami kekalahan lebih besar selepas menunjukkan permainan hambar pada separuh masa kedua, yang menyaksikan mereka gagal membuat walau satu rembatan tepat ke sasaran.

Ini berbeza dengan Real, yang mempamerkan permainan cemerlang sejak awal, dengan Jude Bellingham, Rodrygo dan Vinicius menggugat benteng tinggi Barcelona iaitu gaya bertahan jauh di atas, berdekatan tengah padang.

Real membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi umpanan cantik Bellingham. Walaupun dikelilingi tiga pemain lawan di garisan tengah, pemain tengah England itu masih mampu membuat umpanan menakjubkan kepada Vinicius, yang kemudian menewaskan penjaga gol, Inaki Pena, untuk menolak bola ke gawang terbuka.

Real mensesiakan peluang yang baik untuk melebarkan kedudukan apabila Federico Valverde mendapatkan semula bola dengan pantas sebelum membuat hantaran hebat kepada Rodrygo yang jaringannya diselamatkan Pena.

Gol kedua Real datang daripada satu lagi hantaran jauh Dani Carvajal kepada Rodrygo, yang menyusup masuk ke kotak penalti sebelum membuat hantaran silang kepada Vinicius bagi membolehkan pemain Brazil itu menolak masuk bola dengan mudah ke gawang pada minit ke-10.

Barcelona hampir membalas dengan pantas tetapi percubaan Ferran Torres terkena palang dan penjaga gol Real, Andriy Lunin, bertindak pantas untuk menyelamatkan rembatan susulan Robert Lewandowski. 

Asakan Barca membuahkan hasil apabila ia berjaya merapatkan jurang menerusi Lewandowski pada minit ke-33.

Sedang Barca berusaha menguasai semula permainan, Aurelien Tchouameni melambungkan satu hantaran silang ke arah Vinicius, tetapi beliau diadang pemain pertahanan Araujo. Pemain Brazil itu menyudahkan sepakan penalti yang diberikan dengan penyudah kemas ke sebelah kanan penjaga gol pada minit ke-39.

Gol itu meruntuhkan semangat Barca dan Rodrygo menyudahkan peluang yang tersaji untuk menambah gol keempat Real pada minit ke-64.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >