Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Foden bantu City lompat ke tangga kedua

Feb 06, 2024 | 02:11 PM



BRENTFORD: Manchester City mara ke tempat kedua Liga Perdana England (EPL), dua mata di belakang Liverpool, selepas jaringan ‘hat-trick’ Phil Foden membantu Manchester City menewaskan Brentford 3-1.


Brentford yang mendahului permainan menerusi jaringan Neal Maupay pada minit ke-21, dan prestasi hebat penjaga gawang Brentford, Mark Flekken, membolehkan Brentford untuk bertahan kian lama.

Namun, City akhirnya menyamakan kedudukan melalui jaringan pertama Foden pada masa tambahan separuh masa pertama.

Jaringan Foden membantu City mendapatkan rentak permainan mereka dan City mendapatkan gol kedua mereka apabila Foden melepasi barisan pertahanan Brentford dan menanduk gol masuk melalui hantaran Kevin de Bruyne.

Brentford, tetap mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan, terutamanya peluang Ivan Toney di mana percubaan beliau terlepas sasaran daripada jarak dekat.

Namun, City tetap terbukti lebih baik daripada Brentford dan melengkapkan kemenangan pada minit ke-70 apabila Foden menerima hantaran Erling Haaland untuk menjaringkan gol ketiga.

Berlaku pertengkaran antara Kyle Walker dan Maupay pada akhir perlawanan, di mana Walker perlu ditenangkan oleh pengurus beliau, Pep Guardiola.

Guardiola enggan memberikan komen tentang pertengkaran itu selepas perlawanan.

Walaupun City mengambil masa yang lama untuk menjaringkan gol, tidak dinafikan bahawa mereka layak untuk memenangi perlawanan ini selepas serangan berterusan terhadap gawang Brentford.

Dengan Haaland masih belum kembali ke tahap yang lebih menyengat akibat baru pulang daripada kecederaan kaki, Foden memikul tanggungjawab menjaringkan gol dengan ‘hat-trick’ kedua kerjaya beliau.

Beliau mendapatkan ‘hat-trick’ pertama dalam kemenangan 6-3 City ke atas Manchester United pada Oktober 2022.

Ini merupakan persembahan City yang hebat, bukan sahaja mereka menghampiri tempat pertama EPL, tetapi ini kali pertama orang ramai dapat melihat gandingan bertaraf dunia, Haaland dan De Bruyne bermain bersama sejak perlawanan menentang Burnley musim ini pada Ogos.

Biasanya, masa inilah City mencapai prestasi terbaik mereka, dan ini dapat dilihat melalui kemenangan ketujuh berturut-turut sejak menewaskan Fluminese untuk meraih Piala Dunia Kelab pada akhir Disember 2023.

City kini boleh merampas tempat teratas EPL sekiranya menewaskan Everton pada 10 Februari dan menjadikan persaingan merangkul juara EPL semakin hangat.

Brentford memerah tenaga untuk menentang pasukan bimbingan Guardiola, tetapi mereka tetap tidak setaraf City.

Pasukan bimbingan Thomas Frank mempunyai harapan untuk mendapatkan kemenangan mengejut apabila Maupay menjaringkan gol tetapi harapan itu dipadam melalui jaringan Foden.

Sebab utama Brentford berjaya bertahan adalah persembahan hebat Flekken yang terpaksa berdepan dengan 10 percubaan City yang tepat pada sasaran dalam 45 minit pertama.

Namun, akhirnya, City - Foden khususnya - terbukti terlalu hebat untuk Brentford. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >