Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Debaran Sukan Asia Hangzhou bermula

Sep 22, 2023 | 2:13 PM
CUKUP GHAIRAH: Seorang wanita bergambar di hadapan patung tiga maskot Sukan Asia Hangzhou pada Rabu.
CUKUP GHAIRAH: Seorang wanita bergambar di hadapan patung tiga maskot Sukan Asia Hangzhou pada Rabu. - Foto REUTERS

Sukan Asia terbesar dalam sejarah membuka tirainya hari ini di bandar Hangzhou, China, setelah setahun tertangguh dek pandemik Covid-19. 

Lebih 12,000 atlet terbaik dari 45 negara serta wilayah Asia dan Timur Tengah akan bertarung dari 23 September hingga 8 Oktober untuk merebut pingat dalam 40 sukan – daripada olahraga, renang dan bola sepak kepada sepak takraw dan sukan elektronik (e-sukan).

Beberapa daripada mereka adalah juara dunia dan Olimpik.

Sukan Asia Hangzhou asalnya dijadualkan pada September 2022 tetapi ditunda kerana peraturan sifar Covid-19 yang ketat di China.

Pertandingan bagi edisi ke-19 temasya sukan ini akan dijalankan di 54 tempat – 14 daripadanya baru dibina. Kebanyakannya terletak di Hangzhou tetapi ada juga di bandar lain, seperti Wenzhou, Ningbo dan Jinhua.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg