Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Suasana hambar di sebalik Sukan Asia

Sep 21, 2023 | 07:07 PM



HANGZHOU: China berharap untuk menyemarakkan Sukan Asia (Asiad), yang akan dirasmikan pada Sabtu, namun keceriaan di serata negara tidak dirasakan sedang ekonomi terjejas dan sebilangan penduduk setempat menyoal tentang kos yang dibelanjakan bagi acara gah itu.


Ditangguhkan selama setahun akibat Covid-19, sukan yang diadakan setiap empat tahun itu – yang akan bermula di timur bandar Hangzhou – merupakan acara kesukanan terbesar China dalam tempoh sedekad, dengan lebih 12,000 atlet dari 45 negara bersaing dalam 40 jenis sukan.

Minggu ini, pihak penganjur melahirkan keyakinan akan dapat mengadakan satu acara hebat, hasil daripada “arahan penting” daripada Presiden China, Encik Xi Jinping, serta usaha-usaha projek yang meluas.

Para penganalisa setuju bahawa acara di ibu kota wilayah Zhejiang di tenggara China itu akan berjalan lancar, berdasarkan persiapan teliti pemerintah republik itu.

Para pegawai setempat sedar bahawa Encik Xi pernah bekerja di Hangzhou, dan beliau dikenali gemar akan acara kesukanan dan akan menjadi hos kepada ramai pemimpin serta tetamu VIP lain.

Namun, kemeriahan di Hangzhou dan di tempat lain di China hambar, dengan beberapa orang menyatakan bahawa stadium-stadium serta kemudahan baru itu menandakan keutamaan yang salah.

“Selepas tiga tahun berhadapan Covid-19, suasana ekonomi dan sosial China serta keyakinannya amat rendah, dan bagi Hangzhou, Sukan Asia hanyalah projek yang membazirkan,” kata pengasas firma media China, Score Sports, Encik John Yan, yang juga pengulas bola sepak utama negara itu.

“Orang ramai hanya mementingkan kehidupan mereka sahaja, dan Sukan Asia bukanlah keutamaan mereka. Mereka tidak peduli,” tambah Encik Yan.

Pihak penganjur tidak mendedahkan jumlah perbelanjaan, namun pemerintah Hangzhou berkata ia telah membelanjakan lebih daripada 200 bilion yuan ($38.1 bilion) sepanjang lima tahun ke atas prasarana pengangkutan, stadium, penginapan dan kemudahan lain. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >