Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMAIN JADI REBUTAN

Declan Rice jadi rebutan Man U, Man City & Chelsea

Feb 08, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER UNITED mempunyai cabaran besar menandatangani sasaran nombor satu Declan Rice pada tempoh pindahan musim panas ini dengan pemain tengah England itu menunggu reaksi daripada kelab kegemaran beliau dari kecil, Chelsea.



United bersedia untuk mendapatkan Rice, 23 tahun, untuk mengisi peranan genting di 'midfield' yang menjadi keutamaan mereka.



Tersingkir dalam Piala FA Jumaat lalu bermakna United mungkin tidak berpeluang memenangi trofi sehingga 2023 - tempoh paling lama tanpa trofi sejak awal 1980-an.



West Ham telah meletakkan harga $181.81 juta (£100 juta) pada Rice dan pemain antarabangsa England itu berkemungkinan menjadi rebutan hangat.



Manchester City telah menunjukkan minat tinggi sebelum ini tetapi Rice, lebih berminat kembali ke Chelsea setelah beliau dilepaskan oleh kelab itu pada usia 14 tahun.



Chelsea perlu menjual N'Golo Kante untuk mengosongkan ruang dalam posisi yang sesuai untuk Rice tetapi ia mungkin berlaku kerana pemenang Piala Dunia dari Perancis itu kini berusia dalam 30-an.



Rice mendedahkan dalam temu bual dengan Gary Neville minggu lalu bahawa beliau kekal masih menghabiskan sebahagian besar masa lapangnya di Kingston-upon-Thames di mana beliau dibesarkan tidak jauh dari stadium Stamford Bridge.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >