Muncul selepas era kegemilangan skuasy Singapura yang dibarisi pemain legenda seperti Zainal Abidin Abdul Malik dan Peter Hill bukanlah sesuatu yang mudah.

Justeru, harapan dan jangkaan yang tinggi diletakkan di atas bahu Mohamed Rizal Abdul Kadir sepanjang hampir dua dekad beliau beraksi di gelanggang sukan itu – bermula di kejohanan kumpulan usia anjuran Persatuan Skuasy Raket Singapura (SSRA) semasa usianya belasan tahun sekitar awal 1990-an.