Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Di akhir jendela pemindahan: Siapa 'menang', siapa 'kalah'?

Sep 03, 2021 | 05:30 AM



KELAB Liga Perdana England telah membelanjakan lebih £1 bilion ($1.85 bilion) musim panas ini - namun kelab manakah? yang paling 'gembira' dengan urus niaga yang dilakukan mereka?



CITA-CITA UNITED JULANG TAKHTA



Manchester United antara kelab yang nampaknya telah melakukan urus niaga paling bijak musim ini, dengan memastikan 'pemain' paling penting diumumkan pada hari-hari terakhir.



Christiano Ronaldo kembali ke Old Trafford setelah 12 tahun 'menyerantau' ke Real Madrid dan Juventus.



Pengurus Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer telah diberikan sokongan kewangan yang diperlukan untuk menyaingi Manchester City, Liverpool dan Chelsea bagi kejuaraan liga.



Mereka tidak mempunyai alasan lagi sekarang.



Jadon Sancho adalah pemain yang menarik yang dibeli dengan harga £73 juta, lebih £20 juta di bawah harga yang dituntut Borussia Dortmund hanya setahun lalu.



Raphael Varane, pemain pertahanan dari Real Madrid juga akan memperkukuh benteng pertahanan United dan telah mempamerkan keunggulannya dalam perlawanan menentang Wolves hujung minggu lalu.



Namun, United gagal memperkukuh midfield mereka, dengan sasaran nombor 1 - Declan Rice - enggan dilepaskan kelabnya West Ham United.



United pastinya telah menunjukkan kekuatan kewangan mereka dan kepulangan Ronaldo dilihat sebagai satu rangsangan besar bagi seluruh kelab itu namun keraguan masih wujud sama ada United dapat menjadi pencabar liga yang serius.



MAMPUKAH MAN CITY MENYERLAH TANPA PENYERANG UTAMA?



Jawapan ini sebenarnya sudah terjawab, dengan Pep Guardiola dan pasukannya memenangi kejuaraan liga tanpa pemain Nombor 9 yang sejati, dengan Sergio Aguero, sering tidak diturunkan dalam kesebelasan utama.



City membelanjakan £100 juta untuk mendapatkan pemain England, Jack Grealish, untuk menambahkan lagi kreativiti pasukan di tenaga penggempur, namun mereka gagal mendapatkan tandatangan Harry Kane, yang kekal di Spurs, dan meskipun cuba memikat Ronaldo, destinasi bagi pemain bintang itu hanya satu setelah Manchester United melahirkan minat mereka.



Namun, jika ada pasukan yang mampu menyerlah tanpa penyerang utama, ia adalah Manchester City.



Grealish diakui merupakan pemain yang mampu menyemarakkan lagi kreativiti City, namun tidak dapat dinafikan sekiranya mereka berjaya mendapatkan Kane, pasukan Guardiola adalah pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan mereka.



CHELSEA PERKUKUH KEDUDUKAN



Chelsea berjaya mendapatkan tandatangan pemain midfield berkualiti Sepanyol, Saul Niguez, dari Atletico Madrid, sekali gus memperkukuh kedudukan mereka sebagai pencabar utama kepada takhta yang dipegang Manchester City.



Romelu Lukaku pastinya adalah pemindahan utama bagi mereka, dengan penyerang yang dibeli dengan harga £97.5 juta dijangka menjadi perbezaan antara Chelsea musim ini dan musim lalu.



Dengan penjualan pemain-pemain seperti Tammy Abraham (Roma, £34 juta, Kurt Zouma (West Ham United, £25 juta dan Fikayo Tomori (AC Milan, £24 juta), ia adalah urus niaga yang baik bagi Chelsea.



ADAKAH CUKUP APA YANG DILAKUKAN LIVERPOOL?



Terdapat semacam kemarahan dalam kalangan para penyokong Liverpool di media sosial dek kurangnya aktiviti dalam musim panas ini dari segi pemindahan pemain, kecuali pengumuman mengenai kapten, Jordan Henderson, melanjutkan kontrak dengan kelab itu.



Ini diburukkan lagi dengan Manchester United, Manchester City dan Chelsea, berbelanja besar.



Tapi pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, bukanlah jenis pengurus yang mudah panik dan mula membeli pemain - tambahan sifat berjimat cermat itulah pengurus yang dimahukan pemilik Liverpool.



Liverpool mendapatkan khidmat pemain pertahanan RB Leipzig, Ibrahima Konate, dengan yuran pemindahan £35 juta, dengan pemain berusia 22 tahun itu dilihat sebagai bintang masa depan.



Mungkin penyokong Liverpool yang marah-marah itu perlu menyakini pengurus mereka, yang telah membawa kejayaan Liga Juara-Juara dan Liga Perdana buat pertama kali dalam 30 tahun ke Anfield.



BENITEZ PUNYA BAJET YANG KECIL



Rafael Benitez telah mengatakan beberapa kali mengenai cita-cita Everton sejak beliau dilantik - secara kontroversial - untuk kembali ke zaman gemilang kelab tersebut.



Namun, cita-cita yang dilafazkan bekas pengurus Liverpool itu tidak pula dicerminkan dalam pemindahan pemain musim panas ini.



Benitez hanya diberikan £1.7 juta sejauh ini untuk membeli pemain sayap Damarai Gray, yang diramalkan pengamat sebagai pembelian yang bijak.



Tiga lagi pemain yang didapatkan beliau ialah Asmir Begovic, dan dua pemain yang dikenalinya dengan rapat daripada masa beliau mengurus Newcastle United iaitu Andros Townsend dan Salomon Rondon. Kesemua pemain ini adalah sebagai pemindahan percuma.



Ini merupakan kali pertama sejak beberapa musim lepas di mana pemilik Everton tidak memberikan dana pemindahan yang besar untuk pengurusnya - sesuatu yang sudah dijangka setelah pelaburan besar tahun demi tahun itu tidak membuahkan hasil.



Benitez bagaimanapun telah memulakan musim ini dengan baik, setelah mencatatkan dua kemenangan daripada tiga perlawanan dan mula diterima penyokong Toffees.



Namun, dengan skuad yang 'tipis', sukar untuk melihat Everton meneruskan persembahan baik sejauh ini.



LAIN-LAIN KELAB



Di samping itu, Arsenal pula telah berbelanja besar, namun tetap memulakan musim ini dengan buruk dengan tiga kekalahan berturut-turut.



Pasukan Gunners telah membelanjakan £100 juta, namun mendapati diri mereka di tangga corot liga perdana.



Spurs telah berjaya mengekalkan pemain Korea Selatan Son Heung-min setelah pemain itu mengikat kontrak jangka panjang dengan kelab London itu manakala keputusan Kane untuk kekal menjanjikan gol bagi pasukan tersebut.



David Moyes pula berjaya mengekalkan Declan Rice di London meskipun dilamar Manchester United. Beliau juga telah mendapatkan khidmat pemain pertahanan, Kurt Zouma dari Chelsea, selain pemain pinjaman berkualiti Alex Kral dari Spartak Moscow. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >