Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Di sebalik kontroversi Rashford pindah ke Aston Villa

Konflik dengan jurulatih Amorim, prestasi buruk atau isu gaji?
Feb 10, 2025 | 5:30 AM
Peminat Manchester United mungkin janggal melihat Marcus Rashford menyarung jersi Aston Villa.
Peminat Manchester United mungkin janggal melihat Marcus Rashford menyarung jersi Aston Villa. - Foto INSTAGRAM MARCUSRASHFORD

Marcus Rashford menyertai Manchester United pada usia tujuh tahun.

Dan selepas 20 tahun, dengan 426 penampilan, 138 gol dan lima trofi, Rashford menyertai Aston Villa secara pinjaman.

Bagi sebahagian peminat, agak janggal melihat Rashford, seorang budak dari Wythenshawe, bersama United sejak kecil, memakai jersi pasukan lain.

Namun apa yang terjadi bukan satu kejutan. Detik dan peristiwa mengubah arus kerjayanya di Manchester United.

Di khalayak ramai, jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, cuba menentang tanggapan bahawa beliau mahu mengetepikan Rashford.

Tetapi mereka yang dalam United percaya bekas pengurus Sporting itu berasa adalah lebih baik bagi semua sekiranya penyerang itu tidak lagi bersama kelab tersebut.

Awal sebelum ini, masih terdapat harapan akan huraian bagi Rashford. Namun, realitinya kini semakin kelam.

Amorim telah diwawancara sebelum ini tetapi sukar memahami secara terperinci mengapa jurulatih itu begitu mudah membiarkan Rashford pergi.

Marcus Rashford telah menjaringkan 138 gol dalam 426 penampilan bagi Manchester United.
Marcus Rashford telah menjaringkan 138 gol dalam 426 penampilan bagi Manchester United. - Foto REUTERS

Ia bermula dengan Amorim menurunkan Rashford bagi perlawanan ‘derby’ Manchester pada 15 Disember.

Tiga hari sebelum itu, penyerang berkenaan telah digantikan 11 minit selepas separuh masa kedua dengan United kelihatan akan ditimpa kekalahan memalukan dalam Liga Europa di tangan kelab Czech Viktoria Plzen.

Rasmus Hojlund masuk menggantikan Rashford dan menjaringkan dua gol untuk memberi United kemenangan 2-1.

Sejak itu, Rashford sepi daripada skuad.

Pada 30 Disember, skuad kalah 2-0 di tempat sendiri dalam Liga Perdana England (EPL) kepada Newcastle, dengan Rashford hanya memanaskan bangku simpanan.

Amorim menggunakan situasi Rashford sebagai ujian kekuatannya.

Sir Alex Ferguson, pengurus Manchester United yang terkenal, mungkin bersetuju.

“Jika pengurus tidak mempunyai kawalan, beliau tidak akan bertahan,” kata Ferguson dalam kajian kes untuk Sekolah Perniagaan Harvard, yang diterbitkan pada minggu selepas persaraannya pada 2013.

“Anda perlu mencapai kuasa kawalan menyeluruh. Pemain mesti menyedari bahawa sebagai pengurus, anda mempunyai status untuk mengawal keadaan.

“Sebelum saya datang ke United, saya memberitahu diri saya bahawa saya tidak akan membenarkan sesiapa menjadi lebih kuat daripada saya. Keperibadian anda mesti lebih kukuh daripada mereka,” jelas Ferguson.

Komen terbaru Amorim mengenai Rashford mempunyai lakar idea yang sama.

“Anda (pihak media) ingin menjadikan isu Rashford (sesuatu yang bersifat) peribadi,” kata Amorim.

“Saya tidak menentang Marcus tetapi saya perlu membuat peraturan yang sama untuk semua.”

Mesej yang sama Amorim paparkan di Stadium Etihad apabila beliau tidak menggunakan Rashford dan penyerang Alejandro Garnacho dalam kemenangan ‘derby’ Manchester ke atas City.

“Prestasi dalam latihan, prestasi dalam permainan, cara anda berpakaian, cara anda makan, cara anda melibatkan diri dengan rakan sepasukan anda, cara anda mendorong rakan sepasukan anda, semuanya penting. Kita mahu mengubah banyak perkara,” kata Amorim.

Rashford yang melawat ke sekolah lamanya dan memberitahu penulis bola sepak, Henry Winter, beliau bersedia menghadapi “cabaran baharu”.

Kenyataan itu ditafsirkan secara meluas sebagai keinginan untuk meninggalkan Manchester United.

Tetapi sumber yang rapat dengan Rashford menjelaskan beliau sebenarnya menyuarakan rasa kecewa, bukan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru.

Mereka berkata, Rashford berasa dirinya diketepikan kelab.

Perjalanan Rashford di United tidak mudah.

Penggantian pengurus selama ini tidak mampu memanfaatkan Rashford sepenuhnya.

Walau terlepas 11 perlawanan terakhir, Rashford masih merupakan penjaring terbanyak keempat bersama United musim ini dengan tujuh gol, sama seperti Hojlund, yang telah bermain lebih empat perlawanan.

Hanya Amad Diallo (enam), Bruno Fernandes (lima) dan Hojlund (empat) telah menjaringkan lebih banyak gol di bawah Amorim berbanding Rashford (tiga), yang hanya berada di padang dalam 35 peratus perlawanan di bawah ketua jurulatih baru itu.

Penjaring terbanyak United, Wayne Rooney, memberitahu Rashford bahawa beliau harus pergi.

Di podcast ‘The Overlap’, Rooney meluahkan pendapatnya tentang keadaan Rashford.

“Saya telah bercakap dengan Marcus beberapa kali,” katanya.

“Saya telah memberikan pandangan saya kepadanya. Saya kata: ‘Anda perlu tinggalkan United’,” kata Rooney.

Bekas rakan sepasukan Rooney di United, Rio Ferdinand, menggunakan ungkapan serupa untuk menggambarkan bagaimana perasaannya sekiranya seorang pengurus mengkritik prestasi latihannya seperti yang dilakukan Amorim terhadap Rashford.

“Hati saya, maruah saya, ego saya... Ia amat memalukan,” kata Ferdinand.

“Apabila seseorang mempersoalkan adakah anda memberikan 100 peratus kepada pasukan, mengatakan anda kurang kesungguhan dan mengambil jalan mudah: Itu adalah komen yang sangat menghina. Tiada jalan kembali bagi Marcus selepas itu.”

Satu teori yang sering diperkatakan ialah aspek kewangan kelab.

Casemiro, yang tidak diketepikan daripada skuad Amorim, dan Rashford adalah pemain dengan gaji tertinggi di United.

Kehadiran mereka dilihat menyukarkan United mengawal pembaziran di pasaran perpindahan.

Jika Casemiro dan Rashford meninggalkan kelab, pemain yang akan dibeli Manchester United tidak dapat menggunakan gaji tinggi mereka sebagai penanda aras untuk perbincangan gaji melampau.

Oleh itu, Rashford yang berasa begitu terikat dengan pasukannya kini akan menyarung jersi Villa, sekurang-kurangnya sehingga akhir musim.

Bagi Amorim, beliau telah membuat keputusan besar. Beliau perlu memperoleh kejayaannya.

Jika Amorim gagal, dan prestasi Rashford pula baik, Amorim berada dalam kedudukan tidak selesa apabila musim tamat. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg