Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dibebas awal dari penjara, Becker umum jadi jurulatih

Oct 22, 2023 | 5:30 AM
RASA BANGGA: Bekas juara Grand Slam sebanyak enam kali, Boris Becker (kanan), berkata anak didiknya, Holger Rune, mempunyai potensi besar. Beliau bersama temanitanya, Lilian de Carvalho Monteiro (kiri), semasa menyaksikan pertandingan Terbuka Stuttgart baru-baru ini.
RASA BANGGA: Bekas juara Grand Slam sebanyak enam kali, Boris Becker (kanan), berkata anak didiknya, Holger Rune, mempunyai potensi besar. Beliau bersama temanitanya, Lilian de Carvalho Monteiro (kiri), semasa menyaksikan pertandingan Terbuka Stuttgart baru-baru ini. - Foto REUTERS

LONDON: Juara Wimbledon sebanyak tiga kali, Boris Becker, mendedahkan beliau telah dilantik jurulatih baru Holger Rune, pemain nombor enam dunia asal Denmark.

Becker dibebaskan awal dari penjara Britain Disember lalu setelah didapati bersalah menyembunyikan aset dan pinjaman wang bernilai £2.5 juta ($4.16 juta) untuk mengelak daripada melunaskan hutang.

Jurulatih Jerman berusia 55 tahun itu melatih Novak Djokovic dari 2013 hingga 2016, dengan pemain Serbia itu menang enam kejuaraan Grand Slam.

Pelatih barunya, Rune, 20 tahun, dikatakan berpotensi menjadi bakal juara Grand Slam, tetapi hanya memenangi satu perlawanan sejak Wimbledon.

Becker mendedahkan peranan barunya sebagai jurulatih Rune dalam satu rakaman podcast Eurosport Jerman.

“Ia membuatkan saya sedikit bangga kerana beliau mendekati saya dan meminta saya menjadi jurulatihnya,” kata Becker.

“Jadual saya membenarkannya dan saya telah memerhatikan permainan Holger buat beberapa waktu kini dan tertarik dengan bakat dan potensinya,” tambah beliau.

Becker, pemenang Grand Slam enam kali, dipenjara selama dua setengah tahun pada April 2022 selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan di bawah Akta Insolvensi (ketidakmampuan bayar). – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg