Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Diego Simeone kekal bersama Atletico Madrid sehingga 2027

Nov 10, 2023 | 4:13 PM
SAMBUNG KONTRAK: Diego Simeone telah menyambung kontrak bersama Atletico Madrid sehingga Jun 2027.
SAMBUNG KONTRAK: Diego Simeone telah menyambung kontrak bersama Atletico Madrid sehingga Jun 2027. - Foto REUTERS

MADRID: Pengurus pasukan Sepanyol Atletico Madrid, Diego Simeone, telah menyambung kontrak bersama kelab La Liga itu sehingga Jun 2027.

“Untuk maju kita memerlukan kestabilan dan untuk kestabilan, anda memerlukan keputusan yang baik dan Diego, setakat ini, mendatangkan keputusan yang baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Atletico, Miguel Angel Gil Marin, kepada televisyen Sepanyol minggu ini menjelang lanjutan kontrak ketujuh Simeone.

Sebelum mengambil alih pasukan Atletico Madrid, beliau menjadi pengurus beberapa pasukan Argentina antara 2006 dengan 2010, termasuk Racing Club, Estudiantes, River Plate dan San Lorenzo.

Pengurus warga Argentina itu dilantik memegang jawatan itu pada Disember 2011 dan telah memenangi 380 daripada 642 perlawanannya di bawah bimbingannya.

Simeone telah membimbing pasukan Sepanyol itu memenangi lapan trofi dan merupakan pengurus mereka yang paling berjaya.

Trofi-trofi yang dimenangi pengurus berusia 53 tahun itu di Atletico termasuk memenangi La Liga pada 2014 dan 2021, Liga Eropah pada 2012 dan 2018, serta Copa del Rey pada 2013.

Kelab itu juga pernah menjadi naib juara Liga Juara-Juara di bawah pimpinan Simeone pada 2014 dan 2016.

Atletico kini berada di tempat keempat dalam liga utama Sepanyol, dan di tempat teratas kumpulan Liga Juara-Juara mereka dengan baki dua perlawanan.

Atletico tidak mendedahkan butiran perjanjian baru itu, tetapi menurut media Sepanyol, Simeone telah menerima potongan gaji ke atas anggaran gaji tahunannya sebanyak 16.5 juta euro ($23.9 juta). – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg